RAUB – 50 orang anak muda Kampung Sungai Chalik dekat sini menyerahkan borang keahlian PAS semasa ceramah Isu Felda, di Lembah Klau pada malam ini kepada Timbalan Presiden, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.


“Saya masuk PAS kerana tanah orang tua kami tidak selesai…..YB ADUN Dong tidak serius menyelesaikan isu kami, jadi kami kecewa dan bertekad untuk meninggalkan Umno,”ujarnya.
Beliau melahirkan rasa kecewa kerana tanah tersebut yang diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) sebaliknya mahu dimajukan oleh pihak lain.
“Kami nak tanah ini terus diurus LKPP bukanya memberi kepada ‘taukey’ besar,” tegas beliau yang sebelum ini difahamkan adalah ‘orang kuat’ Pemuda Umno.


Beliau berkata ADUN Dong tersebut hanya ‘gelak’ (perlekehkan) perjuangan kami, menunjukkan beliau tidak prihatin kepada perjuangan kami, apabila dimaklumkan tentang masalah tersebut.
Oleh itu, katanya,beliau dan rakan-rakannya telah melantik peguam bagi mengendalikan kes itu.
Turut sama dalam dalam pprogram Ceramah Isu Semasa dan RUU355 di Felda Lembah Klau itu ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat, Naraza Muda.





























