30 Anggota Jabatan Amal Kawal Kelancaran Muktamar PAS Besut

17

BESUT – Seramai 30 anggota Jabatan Amal Terengganu ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan Muktamar PAS Kawasan Besut.

Komander Amal Kawasan Besut, Muhamad Luqman Hakim Hashim berkata, penugasan anggota bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 1 petang, melibatkan beberapa tugasan utama termasuk kawalan lalu lintas dan kawad.

“Antara tugasan yang diberikan adalah kawalan lalu lintas serta kawad bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan muktamar,” jelasnya ketika ditemui pihak media selepas program, pada Jumaat

Beliau menambah, anggota Jabatan Amal turut diberi tanggungjawab memastikan keadaan di sekitar lokasi muktamar sentiasa terkawal, khususnya ketika ketibaan dan pergerakan para perwakilan.

Katanya, setiap anggota diingatkan supaya melaksanakan tugasan dengan penuh disiplin, berhemah dan mengutamakan aspek keselamatan.

“Jabatan Amal sentiasa bersedia memberikan khidmat apabila diperlukan, bukan sahaja dari aspek keselamatan tetapi juga membantu melancarkan perjalanan sesuatu program.

“Kita berharap penugasan ini dapat memberi keselesaan kepada para perwakilan dan tetamu serta memastikan muktamar berlangsung dalam suasana aman, teratur dan lancar,” katanya.