Politik Dan Pentadbiran
Hala Tuju BN Selepas Parlimen Bubar: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa kerjasama BN dengan Kerajaan Perpaduan akan ditamatkan secara rasmi sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum.
Siasatan Bekas EXCO Negeri Sembilan:
Pihak polis dijadualkan mula memanggil 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan untuk merakam keterangan bermula hari ini bagi membantu siasatan kes semasa.
Guna Lambang Dacing di Melaka:
BN juga dilaporkan akan mengadakan perbincangan minggu ini mengenai kemungkinan PAS menggunakan lambang ‘dacing’ bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Keselamatan Dan Isu Semasa
Taklimat Ops Nepal di Wisma Putra: Ahli keluarga kepada 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang akibat bencana banjir besar di Nepal telah hadir ke Wisma Putra bagi menyertai taklimat tertutup bersama agensi keselamatan (NADMA, SMART, PDRM) berhubung perkembangan operasi mencari dan menyelamat
Kawalan Ketat Ganja di Lapangan Terbang: Agensi Kawalan Keselamatan Sempadan (AKPS) memperketat saringan bersasar dan risikan di lapangan terbang antarabangsa selepas mendedahkan cubaan menyeludup ganja digagalkan hampir setiap hari.
Ekonomi Dan SukanU
Unjuran Pasaran Saham Tempatan: Indeks FBM KLCI yang berada di paras 1,670 mata dijangka mencatatkan pemulihan (traction) pada hari ini berikutan unjuran pasaran global yang positif.Sejarah Sukan Asia: Skuad sepak takraw negara menamatkan penantian selama 36 tahun dengan meraih pingat emas acara regu berpasukan selepas menewaskan Thailand 2-0 di Nagoya.



























