KUALA TERENGGANU – Krisis berganda yang melanda Negeri Sembilan (NS) wajar kembali kepada Penyelesaian Islam berpandukan undang-undang tubuh negeri tersebut.
Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan adat pepatih dalam undang-undang tubuh teesebut sebenarnya sangat baik.
“Disebut dalam adat dia… adat bersendikan syarak dan syarak bersendirian kitab Allah... ini hebat dalam undang-undang Negeri Sembilan,
"adab bersendirian syarak... syarak itu Islamlah... syarak bersendikan kitab Allah al-Quran," tegasnya.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam Kuliah Duha mingguannya, di masjid Rusila, Marang pagi Jumaat, hari Ini
Oleh itu, kata beliau, sebarang penyelesaian perlu mengikut kaedah Islam sebagaimana ditentukan syarak.
"dia sebut dalam hukum adat dia... tapi bila Ada masalah nak pakai hukum manusia, ini tak boleh... tak boleh,
"kalau berlaku perselisihan rujuk pada kitab Allah... kitab Allah," tegas beliau.
Menurut beliau, contoh yang lain pula yang tidak selaras dengan Islam ialah dalam bidang ekonomi.
"manusia yang menganut ideologi kapitalisme cenderung mengamalkan riba dan mengaut keuntungan." kata beliau.
Laporan media mendedahkan, NS kini berdepan krisi yang menggabungkan pertikaian takhta diraja dan kemelut politik.
Undang Yang Empat dilaporkan cuba memecat Yang di-Pertuan Besar, manakala 14 ADUN BN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, mencipta ketidakstabilan yang sedang ditangani kerajaan Persekutuan.





























