Perkara tersebut, katanya, bukan sahaja di perakui oleh bekas Presiden umno, Tun Mahathir Mohamad diungkapkan sendiri oleh pemimpin Umno yang ada sekarang.
“Saya melihat semakin hari Umno semakin tidak popular, jenama Umno tidak bererti lagi, ini diperakui oleh sendiri oleh bekas ‘bos’ saya Tun Mahathir Mohamad,
“(Mahathir kata) Umno adalah sampah sarap sahaja dan pemimpin Umno yang ada sekarang mereka tidak tahu apa sebenarnya keadaan,”ujarnya ketika berucap pada ceramah kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) di Pekan Jabi, Setiu, Sabtu malam, 6 Oktober.
Datuk Omar adalah salah seorang tiga tokoh anak jati negeri Terengganu yang menyerahkan borang keahlian menyertai PAS sekaligus mengisytiharkan dirinya keluar dari parti Umno bersempena Majlis Perassmian PGU5.0 pada sebelah siangnya.
Katanya, beliau terlibat dengan ‘perkaderan’ Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said menjadi ahli Umno dan pemimpin Umno negeri Terengganu.


“Saya terlibat dengan perlantikan Ahmad Said, saya minta maaf, (saya) pilih dia masuk ahli Umno, pilih dia jadi Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno, saya telefon (Tan Sri) Wan Mokhtar (saya kata) terima ‘budak’ ni, ambil dia kerja sebagai pegawai penerangan di pejabat Menteri Besar,
“tiba-tiba (apabila) sudah jadi Menteri Besar (Ahmad Said) jadi kurang ajar, tunjuk gedebe dia, belanja yang bukan-bukan macam harta emak bapak dia!,”tegasnya.
Oleh itu, menurutnya, rakyat Terenggau tidak boleh membiarkan sahaja apa yang sedang berlaku sekarang kepada pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.
Beliau mendakwa, Umno sedang mengikis harta rakyat negeri Terengganu dan menggesa rakyat membuat satu perubahan pada pilihanraya akan datang.
Datuk Omar berkata, beliau yang sudah berjalan ke merata tempat di negara ini melihat satu perubahan luar biasa di kalangan seluruh rakyat Malaysia.
“….inilah waktunya (untuk membuat perubahan), saya nampak perubahan yang cukup hebat…..saya pergi merata-rata dah saya tidak pernah lihat sejak saya menyertai pilihanraya pada tahun 1964,
“ia tidak pernah berlaku (sejak) saya berkecimpung dalam politik,”tambahnya.





























