PGU6.0 Sekiranya Tiada Pilihanraya Sehingga Akhir Tahun

911
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/DSCN0889.jpg

Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata sambutan rakyat kepada program tersebut buat kali ke-5 (PGU5.0) yang diadakan di Pekan Jabi dalam parlimen Setiu pada 5 & 6 Oktober lalu adalah amat baik.

“AlhamduliLlah, sambutan sangat baik, (kehadiran sebelah) petang pun penuh, program PGU yang kemudian semakin bertambah baik dari PGU sebelumnya, InsyaAllah kalau tak jadi pilihanraya (sehingga akhir) (dan) kalau empat kita akan buat lagi (PGU.60),”ujarnya dalam sidang media selepas Majlis perasmian PGU5.0 pada Sabtu lalu.

Menyentuh persediaan PAS Terengganu menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU-13), menurutnya, PAS sedang menguatkan jentera pilihanraya dan memberi keahaman kepada rakyat berhubung isu-isu semasa.

Antaranya, kata beliau adalah isu berkaitan royalti petroleum Terengganu yang masih tidak diketahui kedudukannya.

“kita akan berikan kefahaman tentang isu-isu kepada rakyat….. sekarang ni kita tak tahu apa kedudukan (royalti petroleum) Terengganu di Kelantan kita lawan,

“kami akan terus berjuang (dan) telah dimasukkan dalam manifesto (PAS Terengganu PRU-13) untuk mendapatkan hak kita yang sudah jelas dinafikan begitu sahaja,”ujarnya.

Menurutnya, beliau menunggu pengumuman bajet 2013 oleh kerajaan Terengganu bagi mengetahui dari mana sumber kewangan  membiayai perbelanjaan kerajaan untuk tahun hadapan.

Tegasnya, kerajaan negeri belum mendapat pembayaran wang royalti dalam bentuk asal sebagaimana perjanjan yang ditandatangani berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

“dulu sekali (dipanggil) dana khas, (sebelum itu) timbul wang ehsan…… kemudian (mereka mendakwa) royalti….tak tahu menahu…….pokoknya kita tak dapat (pembayaran royalti) dalam bentuk yang asal sampai sekarang,”jelasnya.