Sidang DUN Sekerat Hari, Slogan Transformasi Terengganu Baru (TTB) Gagal

1680

Oeh : Sabri Yusof

Kerajaan Kelantan telah melaksanakan pelan integriti mereka melalui Projek Pelan Integriti Organisasi (PIO) bagi menaiktaraf dan memperkemas sistem pentadbiran dengan susunan yang strategik.

PIO ini mempunyai satu kumpulan perunding integriti yang menetapkan satu ‘benchmark’ bagi menjana hasil kerja yang lebih produktif.

Berbeza dengan kerajaan negeri Terengganu yang mengadakan sidang Dun hanya dalam tempoh sekerat hari (8.8.2016), perbincangan untuk menaiktaraf mutu kerja pun lemah dan oleh sebab itulah hasil kerja pun gagal kerana tidak mahu mendengar nasihat.

Perkara-perkara penting tidak dapat dibincangkan dalam tempoh masa bersidang yang amat singkat, padahal isu yang ada dalam negeri Terengganu ni amat banyak untuk diselesaikan, contohnya isu ekonomi, infrastuktur, isu hutan simpan kekal (HSK) yang tidak ikut prosedur, isu asnaf, isu sosial, isu felda dan sebagainya.

Mungkin kerajaan negeri bimbang tidak dapat jawab persoalan-persoalan yang bakal timbul atau bimbang usul undi tidak percaya sekali lagi daripada bekas Menteri Besar Dato Ahmad Said, wallahua’lam.

Jadi kita harap kerajaan negeri Terengganu perlulah rasional, jangan bersidang untuk lepas syarat sahaja. Teringat pesan orang lama, kalau buat sesuatu perlu berfikir dahulu, dengar nasihat orang. Bila tak dengar nasihat, mutu kerja pun tak berkualiti kemudian hasil kerja tak menjadi,jadi defisit, terlebih kos dan sebagainya.

Bila jadi begitu mulalah nak sorok daripada pengetahuan rakyat dan akhirnya yang menanggung masalah adalah rakyat. Maka terhasillah idea sidang Dun sekerat hari. Apa nak jadi ?

***Sabri Yusof ialah Setiausaha Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)