Dato’ Seri Tuan Guru Adul Hadi Awang – Rhu Rendang
Sila nyatakan senarai projek-projek kerajaan Persekutuan yang dibiayai bersama oleh kerajaan negeri dan status terkini pembayaran baliknya.
J : Antaranya program penyelengaraan rumah dan flat di Kg Fikri Kemaman RM4.539 juta (Negeri RM453 ribu), Tabung penyelengaraan 1 Malaysia Taman Sri Kolam K. Trg RM1.726 juta (Negeri RM162 ribu), KT Bypass RM173 juta (Negeri RM5.6 juta), Projek Bekalan elektrik di Pualu Perhentian RM50 juta (Negeri RM25 juta), Masjid Nyiur Tujuh Besut RM2.5 juta (Negeri RM1 juta), Terminal Bas Kertih RM2.2 juta (Negeri RM200 ribu), Projek Rimbunan Kasih Dungun RM25.6 juta (Negeri RM2.65 juta), Pemuliharaan Muara Sungai Paka RM152.1057 juta (Negeri RM2.1057 juta). Semua projek ini tidak melibatkan pembayaran balik oleh kerajaan Persekutuan.
Soalan tambahan Paka : Macamana dengan status LPT2 dan Kompleks Kastam Kenyir? J : Ia adalah dibawah peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan.
Soalan tambahan Batu Buruk : Mahu penjelasan berkenaan Dana Khas kerana beberapa kali wang royalti Terengganu digunakan termasuk Syarikat Perumahan Negara guna lebih RM700 juta untuk projek rumah di luar Terengganu. Adakah permohonan mendapatkan balik telah dibuat? J : Permohonan telah dibuat dan dalam proses perbincangan, telah dapat sebahagian.
Soalan Tambahan Bukit Payong : Mohon kemukakan jumlah keseluruhan wang royalti Terengganu digunakan oleh pihak lain bermula tahun 2010 dan apakah sikap kerajaan Negeri akan datang dengan pemberian ini? J : Mohon notis untuk kemukakan jumlah keseluruhan. MB – sudah dapat balik bermula 2011 dan 2012 RM200 juta, 2013-2016 RM220 juta tiap-tiap tahun, dijangka 2019 akan tamat. Untuk wang RM1.8 billion yang diguna untuk LPT2 telah dibayar RM118.5 juta
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – Batu Burok
Apakah perkembangan kedai makanan segera Chicken Cottage yang beroperasi di UK dan Eropah dan apakah kerajaan Negeri bercadang untuk membuka lebih banyak lagi cawangan Chicken Cottage seperti yang telah dibuka di Bandar Kuala Terengganu.
J : Untung 18%, rancang membuka seluruh Malaysia.
Soalan Tambahan : Mohon penjelasan masalah yang dikatakan ada di dalam perjanjian Chicken Cottage? J : Perlukan notis untuk beri jawapan.
Catatan ;
Hanya dua soalan sahaja yang dijawab kepada wakil PAS kerana masa soal-jawab diperuntukan hanya satu jam sahaja





























