Mengendalikan kem latihan ‘keras’ dan ‘ala tentera’ kepada pelajar-pelajar terbabit, hanyalah tidak memberikan kesan jangka panjang kepada pelajar terbabit.
“kita tidak boleh memaksa, memasukkan pelajar tersebut ke dalam kem dan memberikan latihan keras serta ‘ala-tentera’, sewaktu dalam kem pastilah dia ikut,
“seminggu dua atau sebulan dua, selepas kem, mungkin juga dia ‘berubah’, tetapi selepas itu dia akan kembali kepada kecenderungan ‘wanita’ itu semula,”ujar Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Pelajaran Terengganu yang dilaporkan menghantar 66 pelajar yang cenderung kepada ‘perempuan’ kepada sebuah kem latihan di Besut.
Menurutnya, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa Allah menjadikan manusia ini dengan pelbagai jantina dan naluri yang bercampur-campur.
Pihak Jabatan Pelajaran, sarannya, perlu mengenalpasti sedalam-dalamnya, jantina dan naluri pelajar terbabit.
“Ada lelaki, ada perempuan, ada khunsa dan ada yang diantara keduanya, naluri pula berbagai-bagai, kenal pasti jantina dan naluri sebenar,
“kalau lelaki pastikan ia benar-benar lelaki, kalau perpempuan dan sebagainya, perlu disahkan, oleh pakar “jelasnya.yang menambah, penilaian tidak boleh hanya dilihat dari perawakan luaran sahaja
Oleh itu, katanya, kalau pelajar tersebut lelaki, bimbinglah mereka dengan cara lelaki sebagaimana yang disuruh oleh agama. begitu kuga sebaliknya.
“Kalau lelaki, bimbing sebagai lelaki, cara berpakaian lelaki, ajar tugas sebagai lelaki, melaksanakan ibadat secara lelaki dan menjaga aurat sebagai lelaki,
“didik secara tabie’ nya, bagaimana yang Islam ajar (sekira seorang Islam), InsyaAllah dia akan berubah, sedikit demi sedikit,”katanya




























