KEMAMAN – Muslimat PAS mengiatkan usaha menerang dan memberi maklumat kepada orang ramai berhubung Pindaan Rang Undang-Undang(RUU) 355, yang dijangka akan dibentang pada sidang Parlimen akan datang.


“Melalui tinjauan kami, rata-rata pengunjung memberikan sokongan yang padu terhadap usul RUU355, “ ujarnya ketika ditemui pada tersebut yang diadakan di Padang Astaka, Chukai di sini pada Jumaat, 13 Januari.
Namun begitu, kata beliau, ada segelintir pengunjung yang tidak kurang bekerjasama ketika ditemubual bahkan ada yang tiada maklumat tentang RUU355.
“Dalam perhatian kami, masih ada pengunjung yang langsung tidak tahu mengenai RUU355,” kata Masilah dengan nada kecewa.


Acara yang bermula pada 7.00 pagi berakhir pada jam 9.30 pagi itu turut dihadiri oleh Ketua Muslimat PAS Kemaman, Fainah Mat yang berharap ianya dapat diteruskan lagi di masa akan datang.





























