Kemudahan Asas Terbiar

1676

HULU TERENGGANU – Keindahan Air Terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir yang tersohor itu bagaikan ‘indah khabar dari rupa’.

Kunjungan singkat Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu ke sana mendapati kemudahan asas yang disediakan oleh pihak KETENGAH yang bertanggungjawab terhadap pembangunan Tasik Kenyir amat mengecewakan.

Krew KAMI mendapati laluan simen berpagar yang menjadi laluan utama ke Jambatan Gantung Air Terjun Lasir sebahagiannya roboh.

Ada sebahagian laluan itu terputus dan sangat merbahaya kepada pengunjung kerana terpaksa mengambil risiko berpaut pada akar kayu yang curam dan licin.

KAMI juga mendapati beberapa pondok rehat tidak boleh digunakan sama sekali.Hentian utama dibiarkan tidak terurus sama sekali.yang sudah pasti menyukarkan pengunjung yang ingin menikmati flora dan fauna di sini.

Jaring keselamatan di Jambatan Gantung yang didapati merbahaya.Ini amat memalukan dan mencemarkan Tasik Kenyir sebagai destinasi utama pelancongan di Asia Tenggara.

Perkara ini tidak seharusnya dibiarkan oleh pihak KETENGAH untuk mempromosikan Terengganu sebagai hub pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

Usaha kerajaan menghabiskan jutaan ringgit untuk promosi TahunMelawat Terengganu 2017 tidak bermakna jika prasarana ini tidak dibaiki sebelum kedatangan pelancong.