Ahli Parlimen Tidak Pandai ‘Selfie’

1211
SAMSUNG CAMERA PICTURES

Oleh : NM

DUNGUN – Persiapan menghadapi piliharaya bukan tertumpu kepada kewangan dan isu sahaja, tenaga media juga perlu dilestarikan agar semua program yang dilaksanakan oleh para Ahli Dewan Undangan Negeri PAS (ADUN) khasnya di Parlimen Dungun dapat di kongsi oleh orang ramai.

Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS kawasan diberi mandat menguruskan program bagi mencari tenaga baru dari kalangan petugas parti, kerana mereka lebih dekat dengan pimpinan setempat dan orang ramai.

SAMSUNG CAMERA PICTURESAhli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli merayu kepada bakal wartawan ini supaya dapat membantu beliau karana katanya beliau tidak pandai beraksi di hadapan kemera apatah lagi untuk ber’selfie’ seperti lazim dibuat orang lain untuk dikongsi di laman media sosial.

“Saya biasa keluar rumah atau kemana-mana tanpa pembantu, seorang diri, jumpa rakyat , hadir program, memang saya tidak menguasai media sosial.

“Biasanya orang lain yang kongsi gambar kehadiran saya diprogram atau di mana-mana.

“Jadi kelemahan diri saya mesti dibantu oleh pengamal media untuk melaporkan aktiviti yang dihadiri dan juga Adun-Adun kita seramai empat orang di Parlimen Dungun,”ujarnya ketika merasmikan Bengkel Media PAS Dungun di sini pada Sabtu 19 Mac.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, berharap peserta bengkel media ini dapat menjadi seorang pengamal media yang membezakan antara perkara negatif dan positif dalam setiap pemberitaan.

SAMSUNG CAMERA PICTURESKatanya, pengamal media juga mesti ada pro-aktif dalam mengolah dan laporan pemberitaan.

“Usaha PAS Kawasan Dungun mempertahankan kemenangan Parlimen Dungun dan tiga DUN yang telah kita menang menjadi lebih mudah jika banyak penulisan positif dilaporkan kepada orang ramai.

“PAS memang jual produk Islam untuk kembalikan sistem pemerintahan kerajaan Islam,”jelasnya.

Bengkel ini dibahagikan kepada empat slot asas penting dalam penulisan berita diisi oleh tenaga ‘pakar’ dari Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI).

Program yang bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir di sebelah petang.

Ketua Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kawasan Dungun, YB Cikgu Alias Harun menutup bengkel yang disertai oleh 30 peserta itu.

ADUN Rantau Abang itu turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta.