HIMPUN; Persiapan Awal Hadapi PRU-14

2392

Oleh : SamarQondy

DUNGUN – Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menjelaskan, Program Himpunan PAS Kawasan Dungun (HIMPUN) diadakan adalah sebahagian persiapan awal kawasan itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Katanya, perhimpunan itu adalah mengambil teladan dari perjalanan hidup nabi Muhammad dan para sahabatnya.

b1“Pelbagai acara kita adakan selama 3 hari meliputi acara pemuda dan muslimat. Kita juga mengambil iktibar dari sirah nabi dan sahabat yang menghimpunkan umat Islam untuk memberi kefahaman dan taujihat.

“Ini secara tidak langsung mengambarkan kekuatan yang kita ada. Oleh itu, semua ahli dan penyokong mesti hadir program yang telah dirancang ini.”ujar beliau.

Yang Dipertua PAS Dungun itu berkata demikian ketika menyampaikan taklimat berkait acara tahunan itu yang diadakan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.

IMG-20160215-WA0098Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Dungun YB Cikgu Alias Harun menyeru semua ahli dan penyokong memberikan komitmen sepenuhnya kepada HIMPUN yang akan diadakan.

“ahli dan penyokong di semua peringkat DUN dan Cawangan seharusnya terlibat dengan program parti sepenuhnya, masa inilah seharusnya kita infaqkan diri dan masa dalam program yang dianjurkan oleh parti.

“Dalam masa terdekat kita ada HARAP 3.3 dan HIMPUN.”jelasnya

poster harapBeliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang mengingatka agar ahli dan penyokong PAS tidak terperangkap dengan ‘fenomena zon selesa’, sehingga merasa ‘tidak apa’ dalam menghadapi musuh Islam dan PAS.

Menurutnya, program HARAP 3.3 dijadualkan berlansung pada 24-27 Februari ini di Kampung Mengadang Akar, Bukit Payung, Marang.

Program anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mensasarkan peserta daripada seluruh Negeri Terengganu.

Pada 10 – 12 Mac ini pula bakal berlangsung satu lagi himpunan di Dungun iaitu Himpunan PAS Dungun (HIMPUN) bertempat di Kampung Batu 5, Jalan Paka, Dungun.

Taklimat tersebut turut dihadiri oleh ADUN Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik.