Bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert, mula menjalani hukuman penjara, menjadikan beliau ketua rejim Israel yang pertama di hukum penjara.
Olmert akan memasuki penjara Ma’asiyahu berhampiran Tel Aviv pada hari Isnin untuk mula menjalani hukuman penjara 19 bulan kerana rasuah dan menghalang keadilan.
Beberapa jam sebelumnnye, Olmert mengeluarkan satu mesej video mengatakan bahawa dia ‘menolak sekeras-kerasnya tuduhan rasuah yang disabitkan ke atasnya.


Beliau mengakui melakukan kesilapan tetapi berkata ia adalah bukan jenayah, dan menafikan beliau mengambil rasuah.
“Hidup ini menawarkan saya hari ini tiada ujian yang mudah. Saya pergi ke arah itu dengan kesedihan yang besar,” katanya.
Beliau yang berusia 70 tahun didapati bersalah pada Mac 2014 dalam kes yang menuduhnya menerima rasuah untuk mempromosikan projek hartanah kontroversi di Yerusalem.
Tuduhan dikenakan pada menjadi Datuk Bandar Jerusalem dan menteri perdagangan, setahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 2006.
Sehubungan itu, akhbar harian The Haaretz melaporkan, penjara telah mennyiapkan sudut ruang baginya di Kompleks penjara Ma’asiyahu.
Olmert akan dikurung di ‘sayap’ 10 dan akan dianggap sebagai ‘orang dilindungi’ yang persekitarannya dan kenalan akan dipantau.





























