PdPR OK, Namun Perlu Penambahbaikan

988

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyambut baik pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang telah bermula pada pembukaan sesi persekolahan tahun ini.

Namun begitu, Setiausaha PAS Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar bimbang, ia akan meluaskan lagi jurang antara pelajar miskin dan pelajar kaya, pelajar bandar dan luar bandar.

“tidak boleh dielakkan memandangkan penularan wabak semakin mengerikan. Namun cadangan kerajaan menyediakan gajet bagi golongan B40, sangat patut supaya anak-anak semua golongan dapat akses pembelajaran secara atas talian,

“Memang dari segi peratusan amat sedikit pelajar yang mengikuti pembelajaran secara ‘online’ terutama pelajar sekolah rendah dan sekolah nenengah. Antara faktor kerana ibu bapa tidak dapat menyediakan gajet kepada anak-anak yang ramai,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Pengerusi PIBG SMKA Wataniah, Jerteh, bagaimana pun menolak cadangan agar Kementerian Pendidikan mengambil model buku elektronik (E-Book) yang pernah dilaksanakan di negeri Terengganu.

Tegasnya, inisiatif tersebut telah dimuktamadkan sebagai satu projek yang gagal, oleh kerajaan negeri.

“kajian yang telah dilakukan terhadap projek e-book yang dilaksanakan sebelum ini yang menelan belanja beratus juta wang.

“Projek e-book telah disahkan gagal oleh sebuah konsultan yang menbuat kajian lalu kerajaan membatalkan projek tersebut,” jelasnya.

Justeru, kata beliau, untuk memastikan kejayaan PdPR kerajaan persekutuan perlu memberi penekanan dan latihan serta kemahiran secukupnya kepada guru-guru.

“Ibubapa juga perlu diberi kesedaran dari masa ke semasa supaya menyelia anak-anak membuat kerja sekolah dan mengikuti pembelajaran secara ‘online’ .”