KUALA TERENGGANU – Dakwah tanpa siasah syar’iyyah akan menjadikan suatu perjuangan lemah, manakala siasah tanpa tarbiyyah pula akan menjadikan perjuangan hilang ruh dan arah.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato’ Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebab itu Islam tidak pernah memisahkan antara dakwah, tarbiyyah dan kepimpinan dalam membina sebuah gerakan umat.
“Perjuangan Islam bukan sekadar retorik pentas politik. Ia adalah amanah besar untuk memastikan agama Allah terus dipertahankan melalui ilmu, tarbiyyah, akhlak dan siasah yang dipandu syariat.” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada catatan di lanan sosialnya, mengulas Program Tamrin Qiyadi Pemuda PAS Pahang di Mahad Tahfiz Al Istiqamah, Temerloh, pada minggu lalu.


Oleh itu, beliau bersyukur kerana diberikan kekuattan oleh Allah, dapat duduk bersama para Pemuda, mempertahakan ‘kalimah Allah di negara ini
“Alhamdulillah malam ini ustaz hadir ke bagi bersama-sama berkongsi pengisian tentang fikrah perjuangan, kepimpinan dan tanggungjawab pemuda dalam mempertahankan Islam di bumi Malaysia.’ jekas beliau
Justeru menurutnya hanya golongan muda yang bersama PAS dapat merealisasikan tanggungjawab menegakkan Islam.
“Kerana masa depan umat dan negara bergantung kepada generasi pemuda yang sanggup memikul amanah perjuangan Islam.” tambah beliau.































