Zionis “Isr4 Hell” Terus Mencabul Gencatan Senjata, Bunuh Rakyat Palestin

76

Semalam di saat kita semua bertakbir dan gembira menyambut kedatangan Aidil Adha bersama keluarga serta menyempurnakan ibadah korban, keadaan di Semenanjung Gaza bertambah sukar dan amat menyedihkan buat warga Palestin.

Mereka melaksanakan solat sunat Aidil Adha di runtuhan bangunan masjid dan kediaman yang hampir mahupun telah musnah. Di saat berhadapan dengan bencana kemanusiaan, mereka menyambutnya dalam keadaan serba kekurangan namun berusaha untuk mengembirakan hati anak-anak kecil yang saban hari berdepan dengan kekejaman regim penjajah Zionis “Isr4 Hell”.

Dalam masa sama, tentera regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” terus melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza yang mengakibatkan kemusnahan besar ke atas kem pelarian Al-Nusirat dan Al-Maghazi di tengah bandar Gaza serta di Khan Younis dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Gaza turut menjadi sasaran.

Angka korban terus meningkat dengan pada Hari Raya Aidil Adha sahaja dilaporkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dengan ramai lagi dilaporkan cedera. Sehari sebelum tibanya Aidil Adha, Komander Briged Al-Qassam Mohammad Odeh bersama isteri dan dua orang anaknya terkorban akibat menjadi sasaran serangan udara tentera regim penjajah Zionis “Isr4 Hell”.

Regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” terus mencabuli gencatan senjata, membunuh rakyat Palestin dan kini menguasai hampir 60 peratus bumi Semenanjung Gaza dengan bantuan talibarut regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” di kalangan rakyat Palestin. “Board of Peace” yang dicanang bakal membawa keamanan di bumi Semenanjung Gaza adalah penipuan terbaharu Barat untuk membantu regim penjajah Zionis “Isr4 Hell”.

Namun ada di kalangan Dunia Islam percaya dan menyokongnya, termasuk yang menyokong regim penjajah Zionis “Isr4 Hell” dan Barat disebalik tabir untuk mengusir warga Palestin dari tanah airnya. Ingatlah, apa yang berlaku ke atas Iran ketika ini, Yaman, Lubnan, Libya dan Syria adalah akibat sokongan tidak berbelah bahagi mereka ke atas perjuangan warga Palestin untuk memerdekakkan tanah air mereka.

Sayangnya, yang berkorban dan berperang untuk Palestin ditohmah dan difitnah namun yang berselingkuh dan bersama regim penjajah Zionis “Isr4 Hell disebalik tabir dipuja dan dihormati.

Sama-sama kita panjatkan doa buat Palestin dan warganya, semoga Allah SWT melindungi, merahmati dan memberkati mereka serta membuka jalan agar bumi Palestin bakal bebas dan merdeka tidak lama lagi Insya-Allah.

Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin.

Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Lujnah Antarabangsa PAS Pusat