2,000 Bungkus Daging Korban Diagih Kepada Asnaf di DUN Cukai

34

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 2,000 bungkus daging korban diagihkan kepada golongan asnaf di DUN Cukai menerusi pelaksanaan ibadah korban melibatkan dua ekor lembu dan seekor kerbau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Hanafiah Mat berkata, ibadah korban tersebut dilaksanakan pada hari ketiga Aidiladha dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Menurut beliau, agihan daging korban itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan selain menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

“Alhamdulillah, secara keseluruhannya sebanyak 2,000 bungkus daging korban berjaya diagihkan kepada golongan asnaf di DUN Cukai melalui JPKK,” katanya dalam laman sosial, hari ini

Justeru itu, beliau turut berharap segala amal ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan membawa keberkatan kepada seluruh masyarakat.

Program tersebut juga mencerminkan semangat gotong-royong dan keprihatinan sosial yang terus subur dalam kalangan masyarakat setempat sempena sambutan Aidiladha.