KUALA NERUS – Walaupun kerajaan Umno dan Barisan Nasionl (BN) menghabiskan duit bernilai RM 12.7 juta membina litar lumba, namun tidak dapat mengatasi dan mengurangkan masalah aktiviti ‘rempit’.
Lebih malag lagi, litar tesebut yang ‘dimasyhurkan’ sebagai bertaraf antarabangsa, menyebabkan anak-anak muda khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir memilih alternatif lain.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, mereka menjalankan aktiviti tersebut atas jalan separuh siap berhampiran jambatan angkat (Drawbbrige).


“Laluan jalan selepas jambatan Drawbridge bahagian sebelah utara di Seberang Takir telah pun siap kira-kira dua tahun yang lalu dengan segala lampu isyarat dan tanda jalan semuanya lengkap,
‘’tapi oleh kerana benda ini terbiar lama tanpa disiapkan seterusnya dijadikan peluang untuk mereka jadikan sebagai litar lumba pada hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu,
“Dan mereka mari berlumba disini dan difahamkan acap (kerap) kali berlaku kemalangan,” katanya.
Menurutnya, apa yang mendukacitakan beliau adalah berlakunya perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam di kawasan itu.
Katanya, lampu isyarat yang ada di sekitarnya, telah dirosakkan oleh golongan ‘vandalisme’.
Selain daripada itu, berlaku juga aktiviti gejala negatif, pada waktu malam seperti kecurian dan juga maksiat.
Sehubungan itu, beliau juga turut melahirkan kebimbangan terhadap projek membina dan menaik taraf jalan baharu yang menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) melalui jambatan angkat ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).
“Saya difahamkan bahawa masalah yang menghubungkan sini ke ‘airport’ itu baru sekitar dalam sebulan atau dua bulan ini dipecah tanah dan baru sahaja bermula projek itu,
“tempat pembinaan jalan yang baru dipecah tanah oleh YB menteri besar baru ini yang menghubungkan KTCC dengan airport Sultan Mahmud…….yang difahamkan jalan itu kos RM 60 juta,
“Dan saya tak pasti dari segi setakat mana kajian alam sekitar yang di ambil pandangan mereka bagi projek ini,” ujarnya.
Setiausaha PAS Kuala Nerus itu menambah, kawasan pembinaan sebelah utara yang dicadangkan terlibat dengan kawasan yang ditanam dengan pokok rhu.
Katanya, ia ditanam khusus dan diselenggara oleh Jabatan Hutan akhirnya terpaksa ditebang untuk pembinaan jalan raya.
“Apa yang dilihat sekarang ini sepatutnya kerajaan kena ada alternatif lain contohnya menggunakan jalan sedia ada dengan membesarkan jalan (itu) walaupun mungkin melibatkan sedikit pengambilan rumah di sekitar pantai,” kata beliau.
Justeru, beliau berharap pihak berkuasa dapat memantau perkara ini supaya dimanfaat dengan baik yang tidak merugikan duit rakyat.