Krisis Yaman; Bank Dunia Henti Pembiayaan, GCC Taja Perbincangan

1020

Menurut seorang pegawai Bank Dunia di Yaman, bank tersebut akan menggantung projek pembiayaan di Yaman kerana keadaan politik dan keselamatan yang berbahaya.

Kestabilam negara Yaman telah merosot dengan ketara apabila kumpulan Syiah Houthi mengambil alih institusi kerajaan di ibu negara Sana’a sejak bulan lepas.

Tindakan ‘Houthi’ yang dianggap sebagai rampasan kuasa itu telah mengurung para pemimpin kerajaan dan memenjarakan mereka di rumah-rumah sendiri.

Namun begitu, Presiden Abd Rabbuh Mansour Hadi telah dapat meloloskan diri dan lari serta mengisytiharkan ‘ibu negara’ sementara di bandar selatan Aden.

Beliau berharap dan meminta sokongan semua pihak agar dapat mengembalikan semula pentadbirannya.

Bank Dunia baru-baru ini telah berjanji akan memberi pinjaman sebanya $ 400,000,000 untuk menyokong tiga projek pembangunan baru di Yaman.

gulfsssNamun, negara tersebut kini berhadapan dengan keadaan huru-hara sejak September lepas, dan Syiah Houthi yang dilihat mendapat sokongan Iran itu telah memperluaskan kawalan mereka ke bahagian-bahagian lain di negara Yaman.

Walaupun begitu, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), dalam kemyataannya pada Khamis telah menjemput kumpulan Syiah Houthi untuk menghadiri perjumpaan yang dirancang di Riyadh, Arab Saudi bertujuan untuk menyelesaikan krisis politik yang berterusan di negara Yaman.

“Jemputan ini terbuka kepada semua,” kata Menteri Luar Qatar Khaled al-Attiyah, yang memegang jawatan Pengerusi GCC, pada sidang media selepas mesyuarat peringkat menteri GCC.

“Kami berharap semua pihak akan mengambil bahagian dengan tujuan untuk mengemudi Yaman untuk keselamatan,” katanya.

Presiden Yaman Abd Rabbuh Mansour Hadi baru-baru ini mencadangkan supaya diadakan rundingan antara kumpulan yang bersengketa negara di Riyadh.

Tiada tarikh, bagaimanapun, masih belum ditetapkan untuk mengadakan perbincangan yang dicadangkan.

Pada bulan Februari, Syiah Houthi mengeluarkan perisytiharan perlembagaan membubarkan parlimen dan mewujudkan majlis peralihan seramai 551 anggota.

Perisytiharan itu, bagaimanapun, telah ditolak oleh kebanyakan kuasa politik Yaman serta beberapa negara-negara jirannya, yang menyifatkan tindakan Houthi itun sebagai satu rampasan kuasa terhadap kesahihan perlembagaan.