Jawatan Timbalan Presiden PAS ; Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Sudah Bersedia

1768

MARANG – Walaupun dengan nada bergurau, mengatakan beliau sedang menunggu pencalonan dari kawasan-kawasan untuk beliau bertanding sebagai Timbalan Presiden , Naib Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sudah bersedia untuk menggalas amanah orang nombor dua dalam parti itu.

Tuan Ibrahim3“saya dok tengah tunggu pencalonan…..belum ada pencalonan……kalau ada pencalonan mungkin kita (saya) boleh pertimbangkan……..,”ujarnya, disambut dengan senyuman dan dibalas dengan tawa dari rakan-rakan media.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang wartawan yang bertanya, adakah beliau akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden agar boleh bersama-sama Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu memimpin parti itu.

Pesuruhjaya PAS negeri Pahang itu melihat pencalonan PAS Kota Bharu sebagai satu keikhlasan di pihak kawasan dan mengatakan beliau tidak tahu samada ada agenda lain disebalik cadangan Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang mahu beliau bertanding merebut jawatan Presiden.

Menurutnya, ia adalah menjadi hak demokrasi kepada ahli-ahli PAS untuk mencalonkan mana-mana pihak bagi bertanding mana-mana jawatan dalam parti, termasuk jawatan Presiden.

Namun dengan nada lucu Dato’ Tuan berkata, mujur PAS Kota Bharu tidak mencalonkan beliau sebagai Mursyidul Am, kerana katanya, jawatan tersebut ‘kosong’ baru-baru ini.

Ketika ditanya lanjut, sekiranya ada mana-mana kawasan yang mencalonkan beliau sebagai Timbalan Presiden, beliau dengan tegas menjawab “saya akan terima”.

Tuan Ibrahim5Beliau membayangkan, sudah tiba masanya, berdasarkan keperluan kepada parti dan kesediaan serta kemampuan kepada diri beliau untuk menggalas amanah selaku Timbalan Presiden pada kali ini, berbanding penggal-penggal sebelumnya.

“dulu ada dua tiga jawatan yang dicalonkan kepada saya, Timblan….Naib dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat…….jadi ada dua elemen pada saya terutama sekali keperluan dan yang kedua kemampuan,

“keperluan itu mungkin perlu diletak (sebagai) keutamaan dalam konteks parti…..yang keduanya ialah kemampuan (saya) dengan jawatan yang dicalonkan itu,

“dulu saya dicalonkan Timbalan Presiden sudah dua kalipemilihan, tapi oleh kerana dengan kemamuan saya pada masa itu…..saya fikir Naib Presiden itu lebih baik bagi saya,

“kali ini (bagi jawatan Timbalan Presiden)…….…….bagi saya saya akan tengok (pertimbangkan) ………….(dan) saya akan istikharah,”jelasnya.

https://youtu.be/YlgRegrA20w