Selebriti Palestin Adakan Persembahan Sepanjang Ijtimak

858

KUALA TERENGGANU – Pengarah Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3, Haji Hussin Ismail berkata, selain sesi persidangan dan pidato, beberapa acara yang akan menyajikan hiburan alternatif bagi ‘orang muda’ turut disenaraikan.

Katanya, seorang penyanyi ‘tersohor’ dari Palestin akan membuat persembahan pada tiap-tiap malam sepanjang Ijtimak berlangsung.

“program orang muda…….untuk orang muda saya nak maklumkan bila program ini dibuat (diumumkan), seorang penyanyi tersohor Palestin namanya Abdul Fattah Owainat dia terus (bersetuju) untuk datang,

“disamping menyertai persidangan dia juga akan menyampaikan lagu-lagunya selama tiga malam, bermula dari 19hb hinga 21hb Mac,”ujarnya.

abdul-fattah-owainat-1802-23987-6583267Oleh itu beliau menyeru supaya anak-anak muda beramai-ramai hadir mengunjungi program terbesar peringkat antarabangsa itu yang akan berlangsung pada hujung minggu hadapan.

Abdul Fattah Owainat bukanlah seorang calang-calang selebriti kerana beliau adalah lepasan mahasiswa dari Universiti Swasta Zarqa, di negara Jordan, yang mengkaji tentang prinsip Undang-undang Syariah Islamiah.

Beliau memulakan kerjaya muzik profesionalnya pada usia yang muda, sebagai salah seorang pengasas dan ahli asal kumpulan ‘Al-Rawabi’ dan memulakan kerjaya solo pada tahun 1987.

Beliau bukan sahaja seorang vokalis, tetapi juga penulis lirik, komposer dan pengarah artistik.

Abdul Fattah banyak membawa lagu-lagu tentang tanah airnya Palestin dan telah mengambil bahagian dalam banyak konsert di seluruh dunia termasuk di dunia Arab dan Eropah.

Pada tahun 2003, beliau memenangi anugerah emas untuk lagu terbaik Festival ke-9 untuk Radio dan Televisyen di Kaherah dan memenangi hadiah belia untuk perkhidmatan kerja Islam untuk persembahan beliau dalam satu majlis anjuran Persatuan Kesenian Islam di Bahrain pada tahun 2008