Kenaikan kadar inflasi Malaysia kepada 2.0% pada Mei 2026 menandakan satu perkembangan penting dalam landskap ekonomi negara.
Selepas beberapa bulan bergerak pada kadar sederhana — 1.4% (Februari), 1.7% (Mac) dan 1.9% (April) — peningkatan ini menunjukkan tekanan harga semakin meluas dalam ekonomi domestik.
Namun persoalan utama bukan sekadar inflasi naik atau turun, tetapi apakah yang sedang mendorong kenaikan ini dan apakah kesannya kepada rakyat?
Walaupun kadar inflasi 2%: masih terkawal, secara teori ekonomi, inflasi sekitar 2% lazimnya dianggap sihat kerana menunjukkan aktiviti ekonomi masih berkembang, namun Ttdak Boleh dipandang ringan.
Ia mungkin tidak terlalu membebankan pengguna.tetapi sebaliknya, realiti di bawah, di peringkat isi rumah boleh berbeza.
Jika pendapatan isi rumah meningkat lebih perlahan daripada harga barang dan perkhidmatan, pengguna tetap akan merasakan tekanan kos sara hidup walaupun kadar inflasi kelihatan rendah di atas kertas.
Bank Negara Malaysia dan penganalisis sebelum ini menjangkakan inflasi Malaysia kekal sekitar lingkungan 2% sepanjang 2026 dengan kadar dasar monetari yang masih stabil.
Apa Yang Mendorong Kenaikan Inflasi?
Trend beberapa bulan kebelakangan menunjukkan beberapa sektor menjadi pemacu utama:
1. Pengangkutan — kenaikan kos mobiliti dan kesan harga tenaga global.
2. Makanan dan minuman — kenaikan beransur pada harga makanan di rumah serta makanan di luar.
3. Perkhidmatan domestik — termasuk komunikasi, pendidikan dan perkhidmatan pengguna.
Faktor luaran juga tidak boleh diketepikan. Ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah dan harga komoditi global boleh meningkatkan kos import serta memberi tekanan kepada subsidi domestik.


Siapa Yang Paling Terkesan?
Kenaikan inflasi tidak dirasai secara sama rata dalam kalangan rakyat golongan yang biasanya paling terdedah adalah kumpulan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.
Selain itu, pekerja bergaji tetap, merasai peningkatan kos sara hdup apabila terdapat kenaikan harga beberapa barangan ran perkhkhidmatan.
Usahawan kecil yang bergantung kepada kos operasi harian juga mungkin menjadi kelompok yang menerima impak akibat peningkatan dalam kos operasi.
Penduduk bandar yang lebih bergantung kepada perkhidmatan dan pengangkutan, juga serba sedikit akan turut merasai kesan, walaupun tidak banyak.
Sebaliknya, sektor tertentu mungkin mendapat manfaat jika permintaan pengguna masih kukuh dan ekonomi terus berkembang.
Apa Yang Perlu Diperhatikan Selepas Ini?
Beberapa petunjuk penting untuk bulan-bulan akan datang:
– Adakah harga makanan terus meningkat?
– Adakah harga tenaga global kekal tinggi?
– Adakah kerajaan mengubah dasar subsidi?
– Adakah kadar faedah kekal pada paras semasa?
Jika tekanan harga kekal sederhana, inflasi sekitar 2% boleh menjadi tanda ekonomi yang stabil, tetapi jika kenaikan mula merebak kepada lebih banyak sektor asas.
Tekanan kos sara hidup boleh menjadi isu ekonomi dan politik yang lebih besar.
Justeru, angka inflasi 2.0% bukan petanda krisis, tetapi ia merupakan isyarat bahawa ekonomi Malaysia sedang memasuki fasa di mana pertumbuhan dan kos hidup perlu diimbangi dengan lebih berhati-hati.






























