DHPP Terengganu Sedia Digerakkan ke PRN Johor, Negeri Sembilan

21

KUALA TERENGGANU – DHPP Terengganu menyatakan kesediaan untuk menggerakkan petugas ke Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan sekiranya menerima arahan rasmi daripada pimpinan pusat.

Ketua Urusan Himpunan Pendukung PAS Kuala Terengganu, Alex Chan Foo Yew berkata, kesiapsiagaan itu bukan satu isu besar kerana semangat perjuangan jentera tidak terbatas oleh sempadan negeri.

“DHPP Terengganu sentiasa berada dalam mod siap siaga. Soal menghantar petugas ke PRN Johor dan Negeri Sembilan bukan isu besar bagi kami kerana semangat perjuangan tidak mengenal sempadan negeri.

“Kami hanya menunggu arahan rasmi daripada DHPP Pusat. Apabila arahan dikeluarkan, insya-Allah petugas akan turun membantu dengan penuh komitmen bagi memastikan gerak kerja pilihan raya berjalan lancar,” jelasnya etika dihubungi hari ini.

Menurut Alex, gerak kerja itu penting bagi memastikan kelancaran jentera dan membantu mencapai keputusan terbaik dalam pilihan raya, selain memperkukuh usaha politik semasa.

Kesediaan DHPP Terengganu dilihat sebagai sebahagian daripada pengukuhan mobilisasi jentera parti di peringkat nasional menjelang sebarang PRN akan datang.