Oleh : MNA
BESUT – Sebagai sebuah gerakan yang membawa mesej Islam, ahli-ahli PAS diminta sentiasa bersedia dengan halangan-halangan yang sedang dan bakal diterima.
Rintangan ini adalah sesuatu yang mesti dilalui bagi menguji keteguhan hati dalam membawa mesej Islam.
Apatah lagi, kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, dalam menghadapi PRU kali ini, PAS akan menghadapi gangguan untuk mendaulatkan Islam daripada Pakatan Harapan, selain dari Umno.
“Kita berada di jalan yang terlalu banyak rintangannya, hanya kerana kita membawa mesej Islam.
“Hal ini telah dilalui oleh para anbiya’ melalui kisah-kisah yang telah dinukilkan di dalam al-Quran.


Beliau berkata demikian dalam satu majlis Taujihat Pilihanraya anjuran PAS Kawasan Besut yang diadakan di Dewan Haji Salleh, Alur Lintang, Besut.
Menurut beliau, gendang PRU 14 telah dipalu secara rasmi pada Jumaat lalu da semua jentera parti termasuk PAS Kawasan Besut mesti bangkit bersama.
Katanya, seluruh rakyat memberikan harapa, agar PAS Besut menyumbang kerusi pada kali ini.
Oleh itu katanya, PAS Besut digesa meningkan pecutan gerak kerja dengan taujihat yang jelas.


“Jika kita berkerja dan kita ditakdirkan Allah, kita kalah, insyaAllah, kita akan mendapat pahala dari Allah.
Tetapi jika kita tidak berkerja, hanya menunggu dikalahkan, bagaimana kita akan mendapat ganjaran dari Allah,” soal beliau kepada hadirin.
Justeru beliau mahu agar semua ahli untuk ikhlas, taat kepada pemimpin dalam perkara yang tidak melanggar hukum Allah, dan menjaga keharmonian, sebagai resepi utama kemenangan.
Kira-kira 150 orang petugas-petugas pilihanraya PAS dari seluruh Kawasan Besut hadir mendengar taujihat ini bagi dibuat bekalan menghadapi PRU nanti.
Program itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Hussein Awang, Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad serta mantan calon parlimen Besut, Ustaz Ridhuan Mohd Noor.





























