KEMAMAN – Himpunan Teguh Memimpin Terengganu(TMT1.0) adalah bukti kekuatan jemaah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) yang berprinsip dan istiqomah diatas jalan yang benar, jujur dan amanah.
Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Salamiah Mohd Nor berkata kerja – kerja melebarkan Islam tidak boleh dilaksanakan sendirian melainkan semuanya berperanan.
“Setiap orang warga Terengganu mesti berperanan untuk mempertahankan kemenangan, ” ujarnya.


Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Pahang berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran himpunan tersebut di Padang Astaka, Chukai di sini pada malam Khamis 29 Mei.
Katanya lagi, inilah juga bukti segala perlaksanaan dan susun atur tadbir yang dilaksanakan di peringkat kerajaan Terengganu dengan berusaha untuk menunaikan manifesto mengikut masa yang ditetapkan.
“Kemenangan menyapu bersih Perikatan Nasional di Terengganu adalah satu kepercayaan rakyat Terengganu kepada kepimpinan kerajaan negeri.
” Maka kami sangat mengharapkan rakyat Terengganu terus teguh bersama kepimpinan Perikatan Nasional dan terus memilih calon-calon dari Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti,” katanya sambil menyifatkan pengundi Terengganu adalah bijak



























