Turut mendukacitakan rakyat Terengganu apabila keluar dari mulut seorang Wakil Rakyat di pihak Kerajaan yang mengatakan ‘keruntuhan adalah satu Rahmat’ kepada rakyat. Sedangkan, ianya adalah satu musibah. Malah suatu kerugian kerana ianya melibatkan wang rakyat.
Episod malang keruntuhan bumbung SSMZA seberat 2,500 tan dengan teknologi tanpa tiang dari Korea itu bukan sahaja tamat di situ, malah kita juga telah didedahkan dengan isu kecurian pelbagai peralatan di SSMZA yang dianggarkan berjumlah RM 50 juta termasuk dua set janakuasa yang bernilai RM70,000 seunit.
Justeru, 2 Jun 2012 ini genaplah 3 tahun peristiwa memalukan ini berlaku. Lebih memalukan apabila walaupun sudah 3 tahun, namun Kerajaan Negeri dilihat mengambil sikap lepas tangan dalam menangani isu ini. Malah Dato Seri Ahmad Said dilihat sentiasa cuba mengelak untuk berhadapan isu ini walaupun pada peringkat awal beliau mengatakan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menyelesaikan kes yang memalukan ini.
Kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan hanya dilakukan selepas setahun berlakunya runtuhan (selesai akhir 2010). Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri mengeluarkan kenyataan bahawa tender sudah dikeluarkan. Namun, sehingga hari ini tiada apa-apa yang dilakukan terhadap SSMZA tersebut.
Atas rasa tanggungjawab, dan kesal dengan sikap sambil lewa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri, maka RUNTUH mengumumkan akan mengadakan satu Himpunan Aman bagi memperingati 3 tahun sudah berlalu dengan objektif utama memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kegagalan Kerajaan Negeri dalam menguruskan kes ‘Stadium Runtuh’. Berikut adalah maklumat program:
Nama Program : RUNTUH: “HIMPUN & INGAT”
Tarikh : 8 Jun 2012 / Jumaat
Masa : 5.00 Petang – 7.00 petang
Tempat : Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tema Program : Himpun & Ingat
Warna Tema : Hitam & Putih
Pengisian : Himpunan Aman, Pidato Rakyat / Pimpinan Masyarakat &NGO, Deklamasi Sajak – “Runtuh”, Pameran, Sebaran Risalah
Penampilan : Saudara Abdullah Ali, Lagenda Bola Sepak
Disediakan oleh:
Zaidan Abdullah
Setiausaha
Badan Bertindak Menangani Isu Bangunan Runtuh (RUNTUH)
http://www.youtube.com/watch?v=3nSHrCQaOQw&list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q&index=1&feature=plcp


























