Kaji Semula Syarat Pembinaan Bangunan

1759

KUALA TERENGGANU – PAS berharap pihak kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mengkaji dan menilai semula syarat pembinaan bangunan yang dikenakan kepada para peniaga yang mahu membangunkan premis sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, dasar Majlis Perbandaran Dungun menetapkan syarat setiap premis perniagaan yang hendak didirikan mestilah menyediakan enam lot tempat letak kereta.

Sebaliknya, menurut beliau, sekirannya gagal, pemilik perlu membayar dengan harga yang tinggi setiap satu lot tanpa mengira tempat amat membebankan.

“Saya telah menerima maklumat seorang pengusaha telah mengemukakan plan untuk mendirikan kedai dua tingkat dan daripada plean cadangan itu majlis perbandaran telah menolak pelan cadangan itu,

“dengan alasan pihak berkenaan perlu memyediakan enam lot parking,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Titah Sultan Terengganu pada Persidangan DUN di Wisma Darul Iman, pada 28. Mac.

Sedangkan kata beliau, pihak berkenaan hanya dapat menyediakan dua lot parking sahaja.

Justeru, peniaga tersebut terpaksa membayar kepada pihak majlis sebanyak RM 15, 000 satu lot dan menjadikan jumlah kesemua empat lot berjumlah RM60, 000.

Ketika memcelah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri Ir Rosli Othman berkata, ia adalah peraturan yang diguna pakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sebaliknya, Wan Hapandi berhujah, kawasan terbabit bukanlah kawasan dalam bandar, di luar lokasi perniagaan yang maju.

Oleh yang demikian, mencadangkan agar kerajaan membuat pengezonan bagi penguatkuasaan perkara tersebut agar memberi keadilan kepada peniaga terbabit.

“Cuma saya minta perkara ini dapat dikaji semula, dan kita boleh terima sekiranya lokasi perniagaan itu berada di pusat bandar,

“tetapi malangnya bangunan itu berada di luar bandar di kampong Nyior, di Pulau Serai, di luar daripada lokasi pusat perniagaan yang maju,

“mungkin (perlu dibuat) ‘zoning’ (pengezonan) lokasi-lokasi yang tertentu mengikut kemajuan (sesuatu) tempat,”tegasnya.

Katanya, perkara tersebut perlu diberi pehatian oleh kerajaan supaya tidak membebankan para usahawan tempatan.