Pokemon Go : Pemuda PAS Sokong Fatwa Mufti Wilayah

1421

Oleh : zulshawal

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Negeri Wilayah Persekutuan, Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

WhatsApp Image 2016-08-08 at 12.11.55 PM (1)Ini dijelaskan kepada soalan yang ditanya oleh wartawan kepada Adun Tepoh Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim, ketika ditemui di ruang lobi Dewan Undangan Negeri.

“Dalam isu Pokemon Go, kita menyokong penuh fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah”.

“Bagi saya, permainan tersebut lebih mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikan”, ujar beliau.

Isnin lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Perundangan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah sepakat mengeluarkan hukum tentang isu tersebut.

Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan larangan permainan itu atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan dan ianya perlu dijauhkan.

https://youtu.be/kf0YvpfVVCQ