Sarawak Perlu Lebih Banyak Sekolah Agama

2432

BATANG SADONG – Kerajaan negeri Sarawak digesa menambahkan jumlah sekolah-sekolah agama di negeri tersebut, memandangkan jumlahnya adalah terlalu kecil berbanding penduduk yang beragama Islam.

Yang DiPetua PAS Batang Sadong, Cikgu Asan Singkro kesal kerana parti yang memerintah ‘Bumi Kenyalang’ gagal memberi penekanan kepada pendidikan agama, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya.

IMG_20160415_001622Katanya, pemerintah sepatutnya mendirikan lebih banyak sekolah agama dalam DUN tersebut kerana 95 peratus penduduknya adalah beragama Islam.

“sebagai bekas pendidik……… sebagai seorang guru, sebagai seorang pensyarah dan juga sebagai seorang pendidikan, saya nampak ialah kerana di Sadong Jaya ini majoriti penduduknya adalah dalam kalangan orang Melayu Islam,

“mungkin boleh dikatakan 95% daripada penduduk di Dun Sadong Jaya ini adalah Melayu Islam tetapi kita nampak mungkin boleh dikatakan tidak ada institusi pendidikan dasar Islam atau sekolah Islam,”jelasnya.

Menurutnya, sebuah sekolah agama yang ada, iaitu SMK Pesantren, tidak dapat menampung keperluan kepada permintaan kepada pengajian agama yang semakin meningkat.

Beliau yang juga calon PAS bagi Sadong Jaya mendedahkan hanya ada lapan buah sekolah agama Islam untuk semua peringkat di Sarawak.

“Kalau kita (lihat) seluruh Sarawak pun setakat ini hanya adalah 8 buah kalau tak silap saya termasuk (SMK) Pasentren walhal penduduk Islam di Sarawak ini ada kira-kira 32%,”

“sudah tentulah 7 buah sekolah menengah agama itu tidak mencukupi. Kalau sekolah rendah Islam itu juga ada hanya 7 buah. Ini juga tidak mencukupi,

Asan Singkro“Jadi sepatutnya sebagai satu DUN yang majoriti penduduk melayu Islam perlu ada sekolah rendah Islam, sekolah dasar Islam, walaupun ada pasantren Islam, saya rasa perlu ada lagi sekolah menengah agama,”tegasnya.

Justeru beliau mengajak masyarakat Sarawak membuat membuat perubahan dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan pada 7 Mei depan, dengan memilih calon-calon PAS yang bertanding.

Menurutnya, pembinaan sekolah-sekolah agama yang baru dan lebih banyak akan membantu mengurangkan gejala sosial dikalangan penduduk dan meningkatlan kesejahteraan rakyat Sarawak seluruhnya.

“Jadi, saya fikir kalau (calon-calon) PAS diberi mandat untuk (menang) memerintah dan saya diberi mandat untuk mewakilkan PAS dalam Dewan Undangan Negeri sudah tentu perkara ini juga kita akan suarakan,

“supaya pemerintah akan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh. Dan kita tahu bahawa pengetahuan dan penghayatan Islam ini, sangat perlu terutama sekarang ini supaya katakan anak-anak kita akan lebih berakhak,

“berdisiplin dan sudah tentulah kesannya ialah akan membantu kita untuk mengurangkan gejala sosial dalam masyarakat,”tegasnya lagi