KUALA TERENGGANU – Pelepasan dan kepulangan mangsa Tragedi Batu Burok, Suwandi Abd Ghani dan Muhammad Azman Aziz, disambut dengan kegembiraan dan syukur kepada Allah, oleh sanak saudara dan teman-teman seperjuangan.
Namun begitu, PAS Terengganu tetap menganggap mereka sebagai ‘orang kena zalim’ dan teraniaya.


“diatas satu kes………yang pada kami adalah satu kes penganiayaan kepada mereka,”tegas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meraikan pelepasan kedua-dua ahli PAS itu di hadapan pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti, di sini semalam, Rabu 30 Mac.
Bagaimana pun, beliau berkata, itulah keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.
Oleh itu, beliau yang juga Yang DiPertua PAS Marang berharap dengan kembalinya mereka berdua ke pangkuan keluarga masing-masing, dapat memberikan satu kehidupan baru yang lebih bermakna dan meneruskan perjuangan bersama PAS.


Sehubungan itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi turut hadir memberikan sokongan moral dan meniupkan semangat agar kedua-dua mereka, Azman dan Suwandi agar terus beristiqamah.
“saya datang untuk memberikan semangat kepada mereka berdua…….mudah-mudahan ujian yang mereka lalui diberikan ganjaran oleh Allah SWT,
“dan juga kami mengharapkan supaya mereka terus bersemangat untuk memberikan khidmat dan istiqamah bersama-sama perjuangan PAS,”katanya.
https://youtu.be/nSIF1HgORj4




























