Ulamak ‘Dunia’ Sebab Bukan Islam Jauh Daripada Ugama Allah

1764

BESUT – Kenyataan yang sering dikeluarkan oleh para ulamak ‘ussuk’ atau ulamak dunia yang mendakwa bahawa Islam tidak sesuai dilaksanakan dalam masyarakat majmuk di negara ini merupakan satu faktor mengapa bukan Islam jauh dari ugama Allah.

nik zawawiSetiausaha Majlis Syuran Ulamak PAS Datuk Dr Nik Zawawi Salleh berkata, ia menyebabkan golongan bukan Islam beranggapan Islam adalah satu ugama yang ‘eksklusif’.

“ulamak (dunia) ini bercakap Islam tidak sesuai dengan masyarakat majmuk……..Islam tidak boleh dilaksanakan di dalam negara kita,

“kerana kita ada masyarakat Cina, kita ada orang India, kita ada orang bukan Islam,

“menyebabkan akhirnya kesan ini sangat parah kepada masyarakat bukan Islam yang mengaggap seolah-olah ugama Islam ini hak eksklusif untuk orang Islam sahaja,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Persamian Masjid di Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (KODIM) di Kuala Besut dekat sini semalam, Sabtu 19 Mac.

kodim1Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Kompleks tersebut berkata, pusat pengajian itu akan mula mengambil pelajar pada akhir tahun ini dan memulakan pengajian awal tahun 2017.

Katanya, para pelajar tahfiz al-Quran di Kompleks tersebut akan mengkhususkan pengajian meraka dalam bidang dakwah kepada bukan Islam.

“Mereka akan dihantar untuk melanjutkan pelajaran untuk mendalami bahasa Cina di negeri China, bahasa Tamil di India dan bahasa Arab,

“Mereka akan diajar tentang ugama Kristian, Buddha dan Hindu, dalam perbandingan dengan ugama Islam yang syumul,”jelasnya.

Menurutnya kompleks yang dinilai pihak Jabatan Kerja Raya bernilai lebih RM6 juta telah berjaya disiapkan dengannkos RM3.5 juta, hasil sumbangan derma dan infak dari oramg ramai.

kodim3Selain kelas-kelas pengajian, terdapat sebuah dewan yang boleh memuatkan ribu orang serta tingkat atas yang dikhususkan sebagai pusat riadah bagi muslimat.

Fasa kedua nanti, menurutnya akan dibangunkan dengan membina asrama pelajar dan rumah guru, yang akan dimulakan dalam masa terdekat.

Majlis perasmian masjid disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din yang menamakan ia sebagai masjid ‘Nurul Hidayah’.

https://youtu.be/u5DieEFBSKw