Masjid Kampung Pauh Pula DiLaporkan Rosak!

1510

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu dan pihak-pihak berkuasa, berkaitan dengan masjid Kampung Pauh, Jenagor Hulu Terengganu diminta memberi penjelasan status masjid tersebut.

Menurut sumber, anjung masjid Kampung Pauh yang terletak dalam kawasan dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong sedang ‘disangga’ dengan besi ‘staging’ kerana ia mengalami kerosakan.

“kita minta kerajaan menjelaskan adakah ia masih selamat atau sebaliknya, dan apakah tindakan kerajaan bagi menghadapi kejadian yang tidak diingini sebagaiaman yang berlaku kepada masjid Kampung Binjai Kertas dan Masjid Kampung Bukit Tunggal,”kata sumber tersebut.

Pada 21 Mei, 2013, selepas para jamaah menunaikan solat Isya’, sebahagian anjung masjid Kampung Binjai Kertas telah runtuh.
Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid Kampung Binjai Kertas tersebut telah luruh, sekali sejurus selesai para jamaah menunaikan solat maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isya’, sebelum ia runtuh sepenuhnya.

Manakala Sebahagian struktur atap bahagian anjung masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal dekat sini disedari penduduk berhampiran runtuh pada kira-kira jam 4.00 pagi 28 September lalu, apabila mereka terdengar bunyi yang kuat.