Terima Kasih Sahabat-sahabat Yang Mencalonkan Saya

1058

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dia kurniakan jawatan kepada siapa yang dikehendaki dan Dia tarik jawatan dari sesiapa yang Dia kehendaki.

Pertama-tamanya saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada rakan-rakan Dewan Pemuda Pas Kawasan yang mencalonkan saya dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia dalam Muktamar yang bakal diadakan akhir November nanti.

imageSaya menganggap ini merupakan suatu kepercayaan yang tinggi diletakkan ke atas saya untuk bersaing di peringkat nasional. Justeru, setelah mengambilkira semua aspek yang perlu, saya dengan rendah diri menyatakan kesediaan untuk bertanding atas sebab-sebab berikut :

1.Menyuburkan demokrasi dalam Pas.

2.Memberikan kepelbagaian pilihan kepada perwakilan agar dapat memilih calon yang pelbagai latarbelakang pendidikan dan kemahiran dari seluruh tanahair.

3.Menganggap diri sebagai wakil suara Terengganu dalam Dewan Pemuda Pas Malaysia jika menang nanti.

4.Cuba memanfaatkan ilmu Sains Politik yang ada untuk sama-sama memajukan pemuda Pas di peringkat nasional.

5.Sebagai suatu penghormatan kepada nasihat sahabat-sahabat seperjuangan yang ingin lihat saya berada di peringkat nasional.

Sekian.

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Ketua Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu
11 November 2013