Beliau bahkan menegaskan Dr. Haron akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Ustaz Hadi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Rusila, Marang di sini, berhubung khabar angin itu.
Sebelum itu, beliau menegaskan video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan PAS sebagai fitnah dan berkata perkara itu bukan isu besar bagi PAS.
Beliau menganggap perkara itu sebagai tidak serius dan tidak perlu pemimpin yang didakwa tampil memberi penjelasan kerana terdapat banyak perkara-perkara lain yang pelu dibuat pada masa kini.
“Kami menganggap ia sebagai fitnah dan tidak benar. lebih meluas mereka menyiarkan video, lebih memberi ganjaran (pahala) kepada mangsa yang dikatakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila.
Hadi berkata, dia terkejut mengapa seorang pemimpin yang tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 telah didakwa menjadi mangsa.
Beliau berkata, PAS tidak mahu menuding jari pada sesiapa atau mana-mana organisasi yang terlibat dalam perbuatan fitnah dan menyiarkan video itu.




























