Bertanding Di Gelanggang PAS; Umno Ada Berani Ka?

916
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/najib-pas.jpg

Bagi setengah pihak menganggap kenyataan tersebut sekadar gimik politik bagi menghangatkan iklim politik yang sedang membara ini. Dari segi taktikal dan strateginya, ia bukanlah suatu perancangan bijak kerana terlalu banyak risiko akan dihadapi apabila berhadapan di gelanggang lawan. Strategi ini hanya dilihat sebagai aksi kamikaze untuk menghancurkan masa depan seseorang pemimpin. Mungkin juga ia hanyalah sekadar mahu mengacah keberanian Perdana Menteri menyahut cabaran Presiden PAS.

Namun demikian, dari sudut yang lain, kenyataan Presiden PAS adalah sikap sebenar pemimpin gerakan Islam. Ia sebenarnya lebih menyerlahkan jiwa besar dan keterbukaan pemimpin PAS. PAS sanggup bertarung di mana-mana dan dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden UMNO sendiri. PAS tidak mempunyai kepentingan peribadi terhadap sesiapa sahaja walaupun ia adalah Presiden PAS.

Presidan PAS amat merendah diri, ikhlas dan jujur sebagai pemimpin. Beliau sanggup meletakkan parti sebagai keutamaan dan dan bukan dirinya yang berkuasa apa sahaja meskipun beliau mempunyai kata pemutus sesuatu dasar. Presiden PAS mengajar ahli dan pimpinan lainnya untuk patuh dan akur kepada apa juga keputusan jemaah sekalipun ianya tidak menguntungkan individu sebagai ahli atau pemimpin.

Presiden PAS tidak tamakkan jawatan, gelaran, pangkat atau kedudukan. Beliau acapkali menyuarakan untuk berundur jika parti tidak memerlukannya lagi atau tidak bertanding pilihanraya lagi memberi laluan kepada  pemimpin lainnya. Beliau tidak menganggap parti itu miliknya dan hanya beliau sahaja layak memimpin parti selama-lamanya. Jika Presiden PAS sanggup ke mana sahaja yang diputuskan oleh parti, apakah UMNO juga sanggup membariskan pemimpin utamanya di mana sahaja yang diputuskan oleh parti mereka termasuk di gelanggang PAS?

Soalnya, apakah UMNO mampu mengabadikan pemimpinnya yang ikhlas, jujur dan meletakkan parti sebagai keutamaan lebih dari kepentingan diri mereka sendiri? Kalau kualiti sebegini ada pada pemimpin UMNO sudah tentu tidak ada cah keting dalam organisasi mereka, khianati parti, rasuah politik, serta wujudnya kem dan puak yang berusaha menaikkan dan mejatuhkan sesama mereka. Kalau ada kualiti begini dalam UMNO, pasti ramai ahli mereka di bawah sana yang ikhlas bekerja tanpa mengharapkan upah apapun serta habuan sama ada jawatan ataupun pangkat di sebaliknya. Realitinya, beginikah UMNO sebenarnya?

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia