Enam Dari Sepuluh Kanak-kanak Pra-Sekolah Belajar di PASTI

1358
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/sumbangan%20untuk%20guru%20pasti1.jpg

Menurut Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim,   kajian Jabatan PASTI Pusat menunjukkan 60 % dari anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun yang dikira sebagai umur pra sekolah ditempatkan di Pasti.

Beliau berkata, selepas PASTI sebagai pilihan utama, barulah ibu-bapa memilih samada untuk menghantar di Tadika Kemas dan tadika-tadika persendirian yang lain.

“Fenomena ini (bukti) menunjukkan minat yang mendalam (oleh) para ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka dengan acuan Islam (dengan PASTI) yang dipelopori PAS,

“sehingga (kini) usia PASTI telah menjangkau lebih suku abad,”ujarnya, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Lujnah Pendidikan PAS Pusat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan merasmikan Ihtifal Tahunan PASTI peringkat DUN Jabi yang diadakan di PASTI Matla’in Badrin, semalam Isnin, 6 November 2012.

Dr. Azman selaku Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi turut melahirkan rasa bangga dengan PASTI kerana menurutnya DUN Jabi memiliki antara PASTI yang tertua di Malaysia.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/persembahan%20pelajar1.jpgKatanya, dengan kewujudan PASTI Qaryah Bukit Tanah yang telah mencecah usia 27 tahun, beliau penuh yakin institusi PASTI akan terus berdiri dengan cemerlang.

Beliau memaklumkan, PASTI Pulau Redang di kawasan Setiu penah mencatat kejayaan ‘mengalahkan’ jumlah pelajar yang dihantar ke Tadika Kemas dipulau pelancongan itu.

“pernah berlaku 2 tahun lepas di PASTI Pulau Redang, Cuma 8 orang pelajar belajar di Tadika Kemas berbanding 40 orang pelajar di Pasti termasuk anak-anak ahli JKKK (hantar anak ke PASTI),

“sehingga Pengerusi JKKK (Pulau Redang) menghantar surat (meminta) tunjuk sebab kepada ahli-ahlinya yang menghantar anak-anak ke Institusi Pendidikan PAS,”jelasnya.

Menurutnya, tradisi mengadakan Majlis Ihtifal PASTI Tahunan secara berpusat di peringkat DUN Jabi merupakan acara penutup sessi persekolahan PASTI setiap tahun.

Ia disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 200 pelajar dari seluruh Jabi serta para ibu bapa, guru-guru, peneraju-peneraju Pasti Cawangan-cawangan dan saf pimpinan MTD Jabi.