Jemput Belaka Ke Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri PAS Terengganu!

392

KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu menyeru daan menjemput orang ramai hadir beramai-ramai memeriahkan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri pada 16 April di Dataran Shahbandar.

Pengarah program, Dato Ustaz Mohd Nor Hamzah, berkata kehadiran rakyat bukan sekadar untuk menikmati juadah, tetapi sebagai tanda kesyukuran selepas Ramadan, mengeratkan ukhuwah, dan memperkukuh perpaduan.

“Persiapan sedang giat dilaksanakan dan hebahan akan diperluaskan melalui pelbagai medium termasuk media sosial.

“Walaupun negara sedang berhadapan dengan cabaran ekonomi dan peningkatan kos sara hidup,Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT) tetap meneruskan tradisi program ini sebagai tanda kesyukuran menyambut Aidilfitri setelah berjaya menunaikan ibadah Ramadan,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, program ini terbuka kepada seluruh rakyat, pimpinan politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pegawai kerajaan, tokoh agama dan masyarakat pelbagai lapisan, dengan pimpinan BPPNT bertindak sebagai tuan rumah.

“Semua dijemput hadir termasuk orang Umno dan kepimpinan Umno pun dijemput.

“Jemputan ini terbuka kepada semua parti tanpa mengira latar belakang.

“Semangat Aidilfitri adalah untuk menyatukan hati, mengeratkan silaturahim dan membina keharmonian,” katanya.

Selain itu, sambutan pada tahun ini diadakan secara sederhana seperti biasa, dengan penjimatan kos dilaksanakan, tiada persembahan khas, pengurangan penggunaan banner dan billboard dan tumpuan promosi melalui media sosial.

“Jangan segan dan jangan malu untuk datang.

“Kehadiran anda bukan sekadar untuk menikmati jamuan, tetapi sebagai tanda kebersamaan dalam meraikan kebaikan dan ukhuwah,” tambah beliau.