Unsur-unsur Komunisme Masih Terpalit Dalam DAP

31

Oleh : Suhaimi Taib

Menganalisis pendapat ahli-ahli politik khususnya di blok UMNO/BN didapati bahawa sikap angkuh dan sombong individu pemimpin menjadi antara punca BN kecundang dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) 19 November lalu.

Sikap tidak mahu perpaduan dan tolak ansur politik sesama parti dominan orang Melayu Islam mengakibatkan negara terjerumus dalam kemelut Parlimen tergantung akibat tiada parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi Dewan Rakyat yang berjumah 222 semuanya.

UMNO/BN sepatutnya memikirkan masa depan negara memandangkan ada aliran cauvinis di kalangan bukan Islam khususnya DAP masih meniupkan api perkauman dalam kempen PRU berkenaan.

Tindakan menimbulkan ketidakharmonian kaum di negara ini sepatutnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan dengan membatalkan keabsahan parti berkenaan sebagai parti politik sekiranya didapati ada unsur-unsur berkenaan dilakukan oleh mana-mana ahli atau pemimpin mereka.

Kita tidak mahu negara ini dicalarkan dengan seruan-seruan atau ucapan yang boleh mengeruhkan atau menggugat perpaduan kaum kerana cukuplah Peristiwa 13 Mei 1963 menjadi sejarah, tidak berulang lagi di masa akan datang.

Sikap orang Melayu khususnya di Pantai Barat yang mungkin terhimpit dengan dominasi kaum di kawasan mereka, menjadikan mereka ‘sudah lali’ dengan situasi dan budaya kehidupan masyarakat di situ sekaligus tidak mahu ambil cakna dengan sikap kaum bukan Islam di wilayah berkenaan.

Kaum bukan Islam khususnya kaum tionghua dari parti DAP, jangan cuba meniupkan semangat perkauman atau menimbulkan kemarahan kaum lain khususnya orang Melayu kerana sikap sedemikian boleh mencetuskan semangat perkauman dan memungkinkan peristiwa 13 Mei berulang kembali.

DAP yang berselindung di sebalik dasar sosialis demokratik sebenarnya tidak boleh lari dari ruh semangat komunis yang masih tertanam dalam jiwa pemimpin-pemimpin dan ahli parti itu sehingga sekarang apabila terbukti ketika memerintah 22 bulan Putrajaya sebelum ini sistem pendidikan negara dikacau dengan komik berunsur komunis diedarkan di sekolah-sekolah kerajaan.

Termasuk menghidupkan semula sejarah Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai satu anasir dari kemerdekaan negara sekaligus cuba memalsukan sejarah tanah air dan menimbulkan kekeliruan tentang sejarah di kalangan rakyat negara ini.

Kita tidak mahu menyalahkan sejarah apabila pemimpin terdahulu menempatkan saki baki komunis di Perak sebagai ganti pembubaran PKM dan genjatan senjata dengan peristiwa Rundingan Damai Haadyai 1989 di sebuah hotel di Thailand.

Unsur-unsur komunisme masih terpalit dalam parti DAP dan parti itu perlu beringat agar tidak cuba menyebarkan propaganda komunis dalam amalan politiknya.