Terima Kasih Mahasiswa Pilih PAS Demi Negara

22

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah mencipta fenomena kebangkitan anak muda kerana memilih PAS mewakili Perikatan Nasional (PN) demi masa hadapan negara sehingga menang besar.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kesanggupan mereka pulang beramai-ramai dengan bas yang disewa oleh kerajaan PAS sangat dihargai

“Insya-Allah tanggungjawab ini adalah untuk memastikan pemerintahan negara berada dalam keadaan lebih baik, bersih dan stabil yang akan dilakukan oleh PN,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Buletin Online, meraikan mahasiswa dan mahasiswi yang akan pulang semula ke institusi pengajian masing-masing dalam negeri, selepas selesai melakukan tanggungjawab mengundi, semalam.

Dalam pada itu beliau turut menyeru agar golongan terbabit bersiap sedia untuk memenangkan sekali lagi PAS untuk teguh mempertahankan kerajaan di Terengganu.

“Pilihan Raya negeri akan diadakan bila-bila masa mungkin tahun hadapan saya harap semua akan pulang (sekali lagi) untuk mengundi, insya-Allah, ” ujarnya.