Tiada Halangan Hubungan Antara PAS Dengan Masyarakat Cina

2197
PAS's dinner and dialogue with chinese community at Wakaf Tapai, Marang Terengganu

Oleh : ‘Afini Yahaya

MARANG – Tiada ada apa yang boleh menghalang hubungan antara PAS dengan orang Cina walaupun berbeda dari segi kaum dan agama.

Secara fitrah katanya semua manusia mengharapkan kehidupan yang baik, aman damai dan boleh mencari makan dengan senang.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, Islam menegaskan dalam al-Quran, Allah menjadikan berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra di antara satu sama lain

Katanya, rekod cemerlang dasar pemerintahan PAS terhadap kaum Tionghua ketika menjadi kerajaan pada tahun 1999 hingga 2004.

“Di antara yang sempat dilakukan oleh kerajaan pada waktu itu untuk masyarakat tionghua termasuk memberi hak milik tanah kepada penduduk Cina yang telah lama bermastautin di Bukit Berangan, Kuala Nerus,

“menyediakan tanah perkuburan kepada penduduk Cina di Wakaf Tapai, meluluskan tanah tempat pembakaran mayat di Cukai, Kemaman,

“mengecualikan cukai pintu gerbang dan mengekalkan nama kampung Cina dari jalan bandar dan memberi bantuan termasuk komputer kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina,” jelasnya.

Selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Tiong Hua di Wakaf Tapai pada Selasa 28 November.

Turut hadir dalam majlis makan malam tersebut termasuk Cikgu Lau Chin Chua, pegawai khas pejabat YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohamad Ibrahim (Ustaz Mat Cina)Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat dan Ustaz Sulaiman Sulong, Pengarah MTD Pengkalan Berangan.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik cadangan dari peserta dialog pada majlis tersebut supaya risalah berkait dengan RUU 355 ditulis dalam bahasa Mandarin dan diedarkan kepada mereka.

Beliau turut menasihatkan hadirin supaya berhati-hati dengan maklumat yang bertebaran dalam media sosial, ada di antaranya tidak tepat dan berupa fitnah.

 

“Masyarakat Cina terdidik dan terpelajar dalam kalangan masyarakat yang pelbagai di Malaysia.

“Oleh itu mereka seharusnya bijak menilai maklumat-maklumat yang disebarkan termasuk dalam isu RUU 355 dan merujuk kepada sumber-sumber yang berautoriti,” tambah beliau.

Haji Yahaya juga menzahirkan rasa sukacita beliau, dapat makan bersama ‘keluarga Tionghua’ Wakafa Tapai.

“Setelah sekian lama menunggu, saya cukup seronok dapat hadir majlis makan malam dengan lebih kurang 50 orang masyarakat tionghua di sebuah restoren di Wakaf Tapai yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun Pengkalan Berangan,” kata beliau.