PAS Kesal BN ‘Hidupkan Khurafat’

1193

SETIU – PAS kesal kerajaan Barisan Nasional Terengganu yang cuba menghidupkan ‘khurafat memuja pantai’ dengan menganjurkan pesta ‘main’ pantai, yang turut diwarnai dengan pelbagai program bersifat maksiat dan lalai.

Ketua Penyelaras Pemuda PAS, Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail melahirkan rasa kebimbangnya dengan penganjuran program itu, yang telah dihapuskan sekian lama.

IMG_20160827_222653Katanya, jika tidak diawasi dengan garis panduan yang tegas dari pihak berkuasa tempatan, ia akan mendedahkan warga Batu Rakit dengan pelbagai ‘penyakit sosial’.

“Pertama, pastikan waktu solat dijaga sepenuhnya. Kedua, pastikan tiada aktiviti-aktiviti yang berbentuk ‘khurafat’ dan membawa kepada syirik.

“Ketiga, pastikan bentuk-bentuk hiburan tidak melampau yang membawa kepada minuman keras dan seks bebas. Keempat, pastikan pemakaian bersopan dan tidak menjolok mata dan kelima, pastikan semua acara memenuhi tuntutan syarak,” tegasnya.

Menurutnya, ‘pesta’ yang melibatkan ‘penginapan sementara’ pada waktu malam itu mestilah diasingkan antara pengunjung lelakidan perempuan.

Katanya, pihak beliau turut kesal kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman meneruskan penganjuran ‘pesta’ itu, walau pun telah diberi peringatan.

shafizi
Ustaz Mohd Shafizi…..lebih menajat kepada Allah, supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari sebarang ‘bala’

“Kami (Pemuda PAS) pernah tegur dan tidak setuju main pesta pantai ini kepada pihak penganjur termasuk wakil rakyat di Dun Batu Rakit (Bazlan Abdul Rahman) ini, tapi buat juga pesta pantai ini.

“Pesta pantai ini asalnya adalah sebahagian amalan dan adat orang Melayu lama di pantai timur apabila berakhirnya musim menuai. Maka ia berfungsi sebagai tempat perhimpunan petani di mana mereka melepaskan penat lelah selepas menuai tanaman mereka,”jelasnya.

Mengulas lanjut, menurut beliau , adalah lebih baik kepada para nelayan menjadikan masa mereka rehat kerana musim ombak besar dengan perjumpaan dan mengambil peluang berbincang perkara-perkara berkaitan pekerjaan mereka.

Katanya, itulah tujuan murni yang juga ‘asal usul’ bagaimana bermulanya himpunan yang diadakan di tepi pantai bermula.

Sebaliknya, beliau berkata, himpunan bertukat menjadi pesta yang dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat.

“Pada masa itu, pesta keraian seperti ini menjadi pusat pertukaran maklumat penting bagi orang awam disebabkan ketiadaan sistem komunikasi awam pada masa itu.

“Tetapi malangnya, ia (pesta) dicampuri dengan amalan syirik dan maksiat yang bercampur baur dengan amalan agama seperti semangat ‘memuja’ pantai dengan membuang semah (kepala kerbau) ke laut untuk mendapat ‘restu’ hantu laut supaya memudahkan usaha menangkap ikan walau pun ia disertai dengan menyebut nama Allah,

IMG_20160827_222557“Hari ini, semua acara-acara yang saya sebut itu sudah tidak berlaku lagi pada masa kini kerana ia telah dihapuskan secara beransur-ansur semenjak PAS menguasai (memerintah) bumi Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959 dahulu secara umumnya,” jelas beliau.

Tambahnya, adalah lebih bermanfaat dalam Pesta yang diadakan di Pantai Pengkalan Atap, Batu Rakit, itu dipenuhi dengan menuajat kepada Allah, supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari sebarang ‘bala’ serta murka Allah.

Pesta itu sedang berlangsung sejak bermula pada 21 dan tamat pada 31 Ogos ini.