MB, Kerajaan Terengganu Tidak Peka, Tapi Pekak?

1075

Terengganu negeri yang luas, keluasan tanah 12,955 km persegi atau 1.3 juta hektar, (jumlah) rakyat (penduduk) baru sejuta. Kalau di bahagi-bahagikan (tanah) dekat tiga ekar dah sorang (dapat), tapi masih ada lagi anak Terengganu yang tiada tempat tinggal, dimana silapnya?

Terengganu merupakan negeri yang banyak sumbernya, pernah di zaman Jepun dulu, berlaku Perang Dunia Kedua , Terengganu merupakan pengeluar terbesar bijih besi di peringkat dunia. Dan sekarang masih lagi tersimpan lebih 50 jutan tan bijih besi di Terengganu.

Bermula tahun 1976 sehingga hari ini, Allah kurniakan ‘oil and gas’ (minyak dan gas), tidak kurang negeri Terenganu sudah mengutip lebih daripada RM50 billion sehingga ke hari ini dan digelar ‘Kuwait Malaysia’, negeri kaya tetapi dikenali sinonim ‘ negeri kaya , rakyat miskin’.

(Kedudukan) Terengganu pada hari ini, nombor lima paling miskin, walaupun kerajaan menyebut hanya ada 36 orang fakir miskin di (seluruh) Terengganu. Tetapi berdasarkan (satatistik) hari raya (Eidulfitri) baru ni, pemberian dana berjumlah RM81 juta, duit raya, negeri lain tiada. Walaupun MAIDAM sudah bagi fakir miskin duit zakat sebelum hari raya dan meletakkkan fakir miskin (seramai) 140,000 orang fakir miskin. (Sebaliknya) berdasarkan rekod MAIDAM ada hampir, 6000 (orang) fakir miskin tegar, tetapi realitinya negeri Terengganu nombor lima paling miskin.

Pembentangan ‘bajet’ (belanjawan) RM2 billion, (dan) tahun ini RM2.1 billion. Kita melihat Kelantan membentang bajet RM530 juta, (atau) RM 550 juta sahaja, mungkin habis (paling) tinggi pun RM600 juta tapi (dengan itu) kita lebih daripada tiga kali ganda, mencecah empat kali ganda berbanding bajet negeri Kelantan sedangkan rakyat kita hanya satu juta sahaja.

Daerah kita hanya lapan baru tambah (satu) Kuala Nerus tetapi apa yang berlaku. Begitu juga kita melihat isu tanah yang belum selesai, walaupun tanah kita (luasnya) 1.3 juta hektar, tetapi masih ramai lagi rakyat negeri Terengganu tidak mempunyai tapak tempat tinggal. (Pada tahun) 1999 sehingga 2004, pendekatan kerajaan ketika itu membuat reformasi tanah untuk memberi tanah kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah. Hampir 70,000 lot tanah diluluskan, tetapi dibekukan semenjak daripada 2004 (BN rampas kerajaan dari PAS).

Sedangkan inilah yang boleh menjana kehidupan, khususnya generasi baru yang hari ini, kita rasa kos melambung tinggi. Negeri Terengganu merupakan negeri yang paling tinggi kos (hidup), samada tanah atau rumah, hatta (harga sehingga mencecah) RM150,000 satu lot di Sura, macamana kalu buat rumah memerlukan (kos) RM200,000, RM300,000 pula.

Macamana anak-anak muda hendak membuat rumah di negeri tanah air sendiri………Kita bimbang mereka ini kelaparan di lubuk padi ataupun lemas di kawasan kolam sendiri.

Ini kita melihat salah pengurusan sebenarnya. Kekadang ada tanah yang diluluskan, beribu-ribu hektar, tetapi untuk rakyat marhaen untuk mendapat satu perlapan (hektar sahaja), satu perenam (ekar seorang) terlalu sukar dan menyukarkan. Itu tidak (kira soal) mengambil hak rakyat serta kedaulatan negeri Terengganu.

Baru-baru ini dalam (Sidang) Dewan (Undangan Negeri), kita mengangkat satu usul supaya kerajaan negeri Terengganu menolak rang (undang-undang) enakmen akta yang diluluskan di Parlimen pada tahun 2012, iaitu melibatkan Akta Pelantar Benua (Akta 750 – Akta Laut Wilayah 2012) yang mengambil hak kerajaan-kerajaan negeri (hanya ada) tiga batu nautika keluar daripada pantai (selain) itu merupakan hak milik kerajaan pusat. Dua negeri secara jelas menentang (iaitu) Negeri Kelantan meluluskan usul dalam sidang dewan, menolak usul itu.

Yang terbaharu adalan negeri Sarawak, (juga) secara jelas menolak, apa yang diambil daripada hak kerajaan negeri, paling kurang mereka perlu mendapat kelulusan di peringkat sidang DUN untuk mendapat hak secara langsung (itu adalah) semua harta , aset tanah di tengah laut lebih daripada tiga batu nautika bukan lagi milik kerajaan negeri Terengganu.

Dari awal, speaker tolak (usul yang dikemukakan) dah, (kita cuba) untuk kita mengangkat usul ini, walaupun merupakan hak dan kedaulatan negeri Terengganu. Amat menyedihkan kita apabila Menteri Besar (baru-baru ini) mengisytiharkan (medan minyak) Bertam (PM370) bukan lagi milik negeri Terengganu.

Tetapi royalti (petroleum) diserahkan kepada kerajaan negeri Pahang sedangkan, ianya paling hampir kepada negeri Terengganu. Menteri Besar sebelum daripada tu (Ahmad Said), mengumumkan dengan jelas, ADUN Kijal menyatakan, Bertam merupakan hak negeri Terengganu, yang patut mendapat royalti.

Daripada situlah masa (tahun) 1999 hingga 2004 , mereka menafikan hak royalti (dibayar terus kepada) negeri Terengganu (sebagaimana) yang sudah terdapat perjanjian (dibawah Akta Kemajuan Petroleum) tahun 1974, (yang menegaskan) apa-apa penemuan diserahakan kepada kerajaan pusat secara timbal balas, bayaran royalti lima peratus (kepada kerajaan negeri), hari ini diisytiharkan sebagai ehsan. Kerajaan negeri Terengganu terpaksa ‘menadah tempurung’, meminta sedekah daripada kerajaan pusat yang sepatutnya (wang itu) menjadi hak milik rakyat negeri Terengganu, yang perlu dibayar.

Kerajaan (Umno dan Barisan Nasional juga) menukar nama-nama pengangan orang Melayu dan termasuk juga tanah ‘reserved ‘ (rezab) orang-orang Melayu, lalu berlakulah pertukaran nama tanah-tanah ini kepad bangsa asing di negeri Terengganu (pada) hari ini. Tetapi apa yang perlu kepada rakyat masih dipinggirkan.

Begitu juga yang berkaitan isu-isu pendidikan………. bermula pada tahun ini, kerajaan negeri tidak meyumbang lagi kepada Yayasan Terengganu untuk pelajar-pelajar cemerlang menyambung pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi. (Ia) kerana (kebiasaannya) Yayasan Terengganu mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri. Pada tahun lalu kerajaan nengeri menyumbang RM79 juta, (tapi) tahun ini hanya RM40 juta, untuk (membiayai) pelajar-pelajar yang sedia ada dan juga kos mengurus, tetapi untuk pelajar baru sudah dinafikan hak.

Kita masih lagi ingat bagaimana SRABZA ditutup, dua institiusi MARA yang dahulunya berfungsi negeri Terengganu, di Besut dan di Dungun (telah) ditutup, kemudiannya kerajaan mengantikan dengan Kolej al-Qur’an Sains Terenganu (KOSPINT menjadi Imtiyaz). Kita melihat apa yang yang berlaku dengan KUSZA, yang ditukarkan kepada UNISZA, kerajaan negeri menyerahkannya kepada kerajaan pusat tanpa mendapat apa-apa bayaran sedikitpun, sedangkan semasa KUSZA (mahasiswa) yang mendapat kelulusan sebahagiannya boleh menyambung pelajaran keluar negara dan (adalah) 70 peratus daripada rakyat negeri Terengganu dan 30 peratus pelajar luar dan ianya dibina daripada hasil mahsul negeri Terengganu.

Pada hari ini banyak projek-projek ‘gajah putih’, Tamn Ilmu di Tembila, Besut dibina dengan kos hampir RM500 juta………hari ini terbengkalai, tinggal bangunan sahaja. Banyak projek-projek yang tidak mendapat manfaat langsung kepada rakyat seperti berlaku (pembangunan) di Kenyir. Bahkan kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan belanja yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan pusat seperti pembinaan Kompleks Kastam di Kenyir melibatkan kos RM34 juta. Kos tersebut, (kerana) Kastam merupakan (agensi) tanggungjawab kerajaan pusat tetapi seolah-olah kerajaan negeri Terengganu ingin sangat buka pulau bebas cukai di Kenyir maka negeri Terengganu, terpaksa menanggung kos pembinaan Kompleks Kastam di Kenyir.

Kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan hampir RM40 juta untuk menyediakan elektrik ke pulau bebas cukai, sedangkan ini merupakan tanggungjawab kerajaan pusat.

(Lebuh Raya PantainTimur Fasa Dua) LPT2, ketika diluluskan (kos hanya) RM1.7 billion, tetapi apabila sudah selesai (kos) mencecah RM4.3 billion. (Daripada jumlah itu) RM1.8 billion guna duit rakyat Terengganu, tetapi kita terpaksa membayar tol (pada masa) yang sama.

Negeri Terengganu, kawasan Paka, Kerteh dan sebagainya merupakan kawasan industri ‘oil and gas’, tapi apa rakyat setempat yang dapat. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir ketika merasmikan Kompleks Petrokimia Petronas di Kerteh menyatakan, saya (beliau) terkejut mari ke Kerteh masih lagi pekan koboi, walaupun berpuluh tahun Industri minyak berlaku di disitu, tetapi siapa yang memerintah (kalau bukan Umno).

Hasil (negeri) disedut, dibawa ke Putrjaya, apa rakyat dapat, kerosakan alam sekitar, persekitaran, sungai (tercemar), mereka yang memelihara ikan dan sebagainya, berlaku kebocoran dan berbagai-bagai masalah yang melibatkan kesihatan, (kualiti) udara yang tidak elok. Mana ada ‘buffer zone’ (zon penampan), antara perumahan (awam) dengan loji Petronas , sepatutnya (kawasan) 35 km merupakan kawasan ‘buffer zone’, kegunaan masyarakat lalu ikut jalan utama yang kiri kanan merupakan kawasan ‘oil and gas’. Apa yang berlaku di Kompleks Seri bayu, kebocoran ammonia, yang menyebabkan tiga orang meninggal dunia di Sipitang dan ini boleh berlaku di sini.

Kita tidak peka isu-isu yang melibatkan alam sekitar, Terenganu ini masih lagi membicarakan tentang infra, jalan raya paip air dan rumah untuk orang miskin. Amat malang setelah lebih 20 tahun lebih kita menerima royalti, inilah yang berlaku. Walaupun berbillion digunakan untuk kepentingan yang tidak sampai kepada rakyat. (Pambaungan) Pulau Wan Man……… apa yang rakyat dapat, apa yang rakyat dapat dengan projek ’Monsoon Cup’?

(Sekarang) Ini (dibina) jambatan gantung (draw bridge) pulok, apa yang sebenarnya, yang menjadi keutamaan kepada rakyat. Sedangkan, pendidikan merupakan aset yang penting untuk anak kita di masa akan datang. Untuk menjadi pemimpin generasi akan datang. Inilah sepatutnyan yang kita keluarkan, tetapi ‘kosong’ , pelajar-pelajar kita tidak mendapat pinjaman untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi terpaksa meminjam dengan PTPTN, yang dikenakan riba. Sepatutnya perkara itu tidak berlaku kepada rakyat Negeri Terengganu. Sepatutnya cukup dengan pendapatan Negeri Terengganu, untuk melayakkan anak-anak Negeri Terengganu, mendapat biasiswa untuk apa sahaja bidang pengajian yang dia dapat. Untuk menjamin kecemerlangan generasi yang akan datang.

Apatah lagi dengan (keadaan) kesihatan, Hospital di daerah Dungun, (dibina pada) 1964, masih lagi berulang (alik) ambulan daripada Dungun ke Kuala Terengganu, baru (sekarang) nak buat walaupun beberapa kali pecah tanah. Hospital yang ada (terdapat) 200 katil, buat hospital baru, sepatutnya 400 katil, tetapi kurang daripada 200 katil. Sebab masa tu MB (Ahmad Said ADUN) Kijal, umum (pembinaan) hospital di Kijal sedangkan, (sedangkan) sudah ada hospital di Chukai. Isu-isu kesihatan masih lagi belum selesai, ada kalanya kita pergi ke Hospital Kuala Terengganu, ada lagi katil (letak) di tengah antara wad yang melimpah. Apa yang sebenarnya menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri, mahupun kerajaan pusat?

Isu-isu ekonomi, sekarang orang bercakap tentang Adnan Satem, yang memperjuangkan hak (rakyat) Sarawak, 50 orang kakitangan Petronas yang dipecat di Sarawak, 13 orang merupakan rakyat Sarawak, Sarawak membekukan permit masuk semua kakitangan, staf Petronas untuk masuk ke Sarawak, selagi tak ambil balik kakitangan dia (yang dipecat).

Apa yang berlaku di Melaka, paling kurang 30 peratus rakyat Melaka perlu mendapat kerja, di kawasan ‘oil and gas’. Supaya bekerja Petronas, Pantai Kundur dan buat loji, rakyat dia tak benar (mendapat pekerjaan) menyebabkan sebahagian, pelajar, anak muda Pantai Kundur diletakkan di INSTEP untuk latihan perindustriaan Petronas walaupun tiada SPM, supaya belajar sebab dia nak kerja dengan Petronas.

Terenganu, mana ada 30 peratus (rakyat Terengganu bekerja dengan Peronas), kadang-kadang daripada luar bekerja di kawasan ‘oil and gas’ di Kerteh. Sepatutnya, syarikat-syarikat, (dan) anak-anak syarikat di Negeri Terengganu mereka merupakan sebagai vendor, mendapat sebahagian projek-projek, tetapi kita kadang-kadang hanya, sekadar melihat, kerajaan tidak peka dengan isu-isu sebegini, bahkan jaga (pekerja keselamatan) pun daripada Tibet, Mongolia.

Dengan itu, (saya harap) Kongres yang ada hari ini, bukan hanya sekadar ruang untuk kita melepas hawa, melepas perasaan dalam jiwa. Kita nak cakap dalam dewan, dewan (sidang DUN) sekerat hari sahaja, nak cakap, speaker dok rok (dok benar). Beratus soalan (dikemukakan), tidak pernah dijawab. 32 DUN, kalau satu DUN, lima soalan, mana (mana lagi) ruang rakyat nak menyuarakannya? sebab itulah, rakyat menyuarakannnya di facebook, sewaktu AzizulHasni Awang minta basikal, pakai facebook je. Rupa-rupanya MB dengar, selama ni terlepas pandang.

Apa yang saudara berpuluh NGO ini, yang saudara (akan) suarakan saya tak tahu adakah Menteri Besar yang ada ini, dia peka atau pekak? Kalau apa yang kita suarakan, mereka tidak dengar, maka tiada jalan lain………saudara-saudara yang membawa suara rakyat, saudara-saudaralah yang perlu membuat perubahan rakyat untuk mengantikan pemimpin yang ada sedia ada!

***Ucapan YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Terengganu, pada Kongres Rakyat Terengganu 20 Ogos, 2016

https://youtu.be/qOu9a-hfZm4