Muafakat Politik Bersyatat, Berprinsip Dan Tidak Terikat

18

KUALA TERENGGANU – Pendekatan muafakat politik yang diamalkan PAS sejak sekian lama adalah ‘bersyarat’, berpandukan prinsip dan tidak terikat secara mutlak dengan mana-mana gabungan.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sejarah ‘taawun siyasi’ termasuk dengan Barisan Nasional, Pakatan Alternatif dan Pakatan Rakyat sebelum ini melakar kejayaan politik di beberapa buah negeri.

Menurut beliau, setiap pemuafakatan itu mempunyai ‘garis merah’ yang tidak boleh dilanggar khususnya melibatkan dasar Islam, selain boleh ditamatkan sekiranya syarat dipersetujui tidak dipatuhi.

Menjelaskan kedudukan dalam Perikatan Nasional (PN), kata beliau, perubahan struktur pentadbiran gabungan tersebut melibatkan pelantikan baharu beberapa jawatan penting, adalah bagi menghadapi pilihan raya.

“Perubahan tersebut termasuk penukaran jawatan Pengarah Pilihan Raya kepada Dato” Seri Muhammad Sanusi Md Nor,

“manakala beberapa jawatan lain turut disusun semula bagi melancarkan gerak kerja,” jelasnya dalam satu program penerangan, semalam.

Beliau turut menegaskan, segala keputusan dalam gabungan perlu dibuat secara konsensus oleh parti komponen termasuk Bersatu, MIPP dan Gerakan bagi memastikan kestabilan muafakat terpelihara.

“PAS menegaskan bahawa politik bukan sekadar persaingan kuasa, tetapi perlu mengambil kira kepentingan masa depan negara serta perpaduan umat,” katanya.