Ancaman Kematian Tidak Halang Hizbullah Bertindak Balas

23
Pejuang Hizbullah Di sebelah pelancar roket

Ketua Hizbullah, Naim Qassem, berkata pada hari Jumaat bahawa kumpulan itu akan berhadapan dengan Israel dengan senjata jika diserang, sambil menekankan bahawa ancaman kematian tidak akan menghalang ahli-ahlinya.

“Projek untuk menghapuskan Hizbullah dan mengukuhkan pendudukan telah gagal, dan Israel akan berundur dari setiap inci tanah kami,” kata Qassem dalam ucapan televisyen di saluran TV tempatan al-Manar.

Beliau menambah bahawa Lubnan sedang menghadapi “peringkat paling berbahaya” dan “projek Amerika-Israel” yang menyasarkan masa depan negara.

Menurutnya, Israel cuba mengubah kuasa politik Lubnan menentang gerakan penentangan dan menghalang usaha pembinaan semula di kawasan yang terjejas kerana konflik.

Ibrahim al-Moussawi

Qassem juga menegaskan,senjata Hizbullah ditujukan semata-mata terhadap Israel dan menyeru Israel untuk menghormati kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan.

Kenyataannya dibuat ketika serangan udara Israel menyasarkan kawasan Jabal al-Rafee berhampiran bandar Sajd di selatan Lubnan pada hari Jumaat, sejurus selepas gencatan senjata baharu diumumkan berkuat kuasa pada jam 4:00 petang waktu tempatan.

Terdahulu pada hari itu, Ibrahim al-Moussawi, ahli parlimen Hizbullah berjanji “Kesetiaan kepada Perlawanan,”.

“Hizbullah akan terus mematuhi perjanjian gencatan senjata dengan syarat Israel juga menghormati terma-termanya.”jelas Ibrahim.

Sementara itu, Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam Lubnan berkata jumlah korban akibat serangan Israel sejak 2 Mac telah meningkat kepada 3,980 orang terbunuh dan 12,001 cedera