Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Para peniaga di Pasar Borong Gong Pauh terutama di bahagian penjualan makanan melahirkan kekesalan kerana pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu belum bertindak sewajarnya menyelesaikan masalah najis burung .
Perkara tersebut sudah di ajukan berkali-kali kepada pihak berkuasa itu bahkan ia telah pun menjadi berita ‘di dada’ akhbar tempatan dan atas talian.
Namun begitu, menurut seorang seorang penjual kuih Pasar itu, Mohd Yasing Osman, tindakan MBKT hanya ‘sekerat jalan’ sahaja.
“aduan berkenaan najis burung ini sekadar diambil tindakan ibarat ‘melepas batuk di tangga’ kerana kerja-kerja menanganinya hanya separuh jalan dan di tinggal begitu saja,


“akhbar sinar pernah ‘interview’ saya dan sudah keluar berita……. ingatkan keluar surat khabar selesai tapi tak juga, ambik tindakan tapi ginilah,” ujar beliau.
Manakala seorang pengusaha wanita, Siti Nadhira M.Nasir, 24, najis burung yang banyak datas meja jualan kuih muih di Pasar terbabit, memberikan pandangan yang ‘jelek’.
” bila peraih mari ambil kuih awal sekitar jam 4 pagi, burung ni masih ada diatas……..melepaskan najisnya dan masa tulah banyak bertaburan,
“jadi nampak menjijikkan dan tidak selesa apatah lagi ini bahagian makanan,” katanya.


Walaupun meja jualannya agak jauh sedikit dari tempat burung itu bertenggek, beliau mempersoalkan, mengapaMBKT mengambil tempoh yang sangat lama untuk mengatasi ‘kerimasan’ tersebut.
“saya agak beruntung……….gerai saya agak jauh sedikit dari bumbung besar tu dan terlindung dengan kanopi jadi najis burung tak kena meja jualan saya,
“tapi atas kanopi saya tetap penuh juga dengan ‘tahi’ burung ni dan merimaskan pandangan pelanggan mahu membeli kuih,
“saya harap pihak Majlis (MBKT) dapat segerakan menyiapkan pukat yang terbengkalai ni sebab dah ambil masa agak lama,” jekasnya.
Sedangkan kata beliau, sekiranya diberi penumpuan, perkara yang kini sudah berlarutan berbulan-bulan, boleh diselesaikan dalam masa dua minggu sahaja.


Seorang penjual ikan di pasar yang sama berkata, walaupun pada bahagian jualan beliau tidak menghadapi masalah tersebut namun tetap terpalit dengan ‘kekotoran’.
“saya kesian tengok orang jual kuih ni, walaupun gerai ikan saya tak kena tapi ini menjatuhkan imej pasar borong dan sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan mereka,
“sewajarnya MBKT ambil tindakan segera menyiapkan (pukat burung itu) jangan tangguh sampai nak tunggu saat dekat pilihan raya, baru nak buat,” kata Ridzuan Yusof, 27.





























