PA Tahan Lima Wartawan Di Tebing Barat

1155

(Gambar fali – PA laksanakan agenda Israel di Palestin?)

Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menahan lima orang dan mengarahkan seorang wartawan lain di beberapa lokasi di Tebing Barat.

Hamas dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan penangkapan itu adalah suatu serangan sebagai bermotifkan politik.

Pergerakan kebangkitan rakyat Palestin itu berkata, di utara Tulkarem, seorang pelajar Universiti Khadouri Izz al-Din Freihat ditahan selepas rumahnya diserbu pasukan keselamatan PA.

Di daerah Hebron selatan, Muhammad Najajreh dari bandar Nahhalin ditahan, selepas pegawai-pegawai perisikan PA menahan bas yang dinaikinya untuk menghadiri kelas di Universiti Hebron.

Di Baitullaham perisikan PA perisikan telah memanggil wartawan Qutaibah Qasim yang sebelum ini telah dipenjarakan oleh Israel untuk soal siasat.

Menurut kenyataan Hamas lagi, pasukan keselamatan PA juga telah menangkap Arafat Sawafta di tempat kerja selepas rumahnya turut diserbu dan beliau dicari di daerah Tubas utara.

Manakala Di daerah Ramallah pusat, Saeb Abu Salim, yang sebelum ini juga pernah dipenjarakan oleh Israel, telah diarahkan hadir bagi soal siasat dengan perisikan PA dan Ubadah al-Zaghal, dari Ramallah, juga ditahan untuk soal siasat.

Sementara itu, dalam serbuan sebelum subuh Selasa di seluruh Tebing Barat yang diduduki, tentera Israel menahan beberapa sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin.

Sehubungan itu, Pengerusi Kumpukan Aktivis Media Independen (KAMI) Dr. Azman Ibrahim mengecam tindakan PA dan menggesa agar Presiden Mahmud Abas membebaskan segera para penggiat media itu.

Dalam respon ringkasnya beliau berkata, PA tidak perlu menjadi ‘kakitangan Israel’ dan menjadi pelaksana agenda Israel di dalam negara Palestin.