Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA TERENGGANU – Rayuan DAP menggesa Arul Kanda agar turut memberikan taklimat kepada parti itu, membuktikan bahawa pendirian dan langkah yang diambil oleh PAS dalam terhadap masalah membabitkan 1MDB adalah betul.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya melihat dengan padangan yang lebih matang dan mencari jalan keluar untuk menyelesaikan masalah 1MDB adalah lebih penting daripada ‘menghentam’ semata-mata.
“PAS telah mendahului dari segi budaya politik matang iaitu kita tidak serang saja……sebab kita fikir isu 1MDB ni, yang penting kita bukan hentam,
“(yang penting ialah) apa jalan keluar yang kita boleh tengok. Jadi saya fikir tindakan PAS dan di ikuti oleh DAP membuktikan bahawa apa yang PAS buat ni betul,” ujarnya.


Menurut beliau, isu besarnya ialah, siapa pun yang akan mengambil alih pentadbiran negara selepas pilihan raya umum akan datang, terpaksa menanggung hutang 1MDB
“(jadi) apa jalan keluar? Yang penting jalan keluar untuk kita selesai sebab isunya ‘interest’ (bunga hutang) yang ditanggung oleh 1MDB besar, 1.8 billion setahun,
“sehingga setakat ni dah dibayar hampir 31 billion dolar (itu) ‘bunga’ sahaja….tapi tak guna kita sebut berapa jumlah pun, kalau kita tidak tengok apa jalan keluar,” tegas beliau.


Justeru itu kata beliau, sepatutnya begitulah cara penyelesaian yang diambil oleh semua pihak supaya kita tidak semata-mata menyerang, sebaliknya kita mendengar dan mengemukakan penyelesaian.
“PAS (berpendapat) nak menyelesaikan isu ini (1MDB), mesti duduk berbincang bersama,
“kita kena selesai isu ni dan kita tak nak dana rakyat diguna (membazir dan menyeleweng). Tapi apa pilihan (kita) yang ada pada 1MDB?,” soalnya.



























