Cadang Naik Tarif Air Dan Cukai Tanah; Najib Tidak Tahu Derita Rakyat!

798

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/tarifaircukaitanah1.gifPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai ‘orang yang tidak mengetahui derita dan keperitan rakyat bawahan’ kerana mencadangkan supaya kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya pagi ini 23 Ogos berkata Najib yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan, tiba-tiba mencadangkan peningkatan tersebut yang kononnya akan meningkatkan hasil pendapatan negeri.

“Cadangan ini dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian. Pelik, Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikan oleh beliau sendiri,”ujar Ustaz Idris

Menurutnya, PM sepatutnya beliau dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini.

Sebaliknya, kata Ustaz Idris, otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas menambah kesusahan hidup rakyat dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor dan menaikan harga minyak.

Katanya, kerajaan harus menyelesaikan masalah pokok kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah dan ketirisan.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun telah di didesak oleh SYABAS, bahkan Menteri Besar Selangor itu sedia ke mahkamah daripada bertindak menyusahkan rakyat.

“Tam Sri Khalid bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di Selangor.  Sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu.

“Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri,”jelas Ustaz Idris.

Tindakan pemimpin Umno itu, kata Ustaz Idris, membayangkan pemikiran yang sama sahaja dalam ‘otak’ pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah.

“Mereka (pemimpin Umno) hanya fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat,”tegas Ustaz Idris.

Menurutnya, Selangor juga menolak cadangan projek kroni kerajaan BN dahulu untuk mengambil bekalan air daripada Pahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya  kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan  kos RM2 bilion sahaja, dapat jimat wang rakyat sebanyak RM6 bilion.