Oleh : Mustaqim Afandi
BESUT – Aktiviti ziarah kebajikan dengan mengunjungi dan memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan dijadikan medium untuk dekati rakyat.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, walaupun keadaan sekarang dalam norma baharu ia tidak menghalang untuk meneruskan rutin mingguan aktiviti ziarah kebajikan di kawasan DUN Kota Putera.
“Tiap-tiap minggu, kita akan pergi ke satu kampung di mana kita akan menziarahi masyarakat yang memang sakit uzur, warga emas, sakit ditimpa bencana atau lain-lain penyakit yang menimpa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas aktiviti menziarahi penduduk setempat, pada semalam.


Khuzaini menambah, beliau mengambil peluang menziarahi lima atau enam buah rumah sehari melalui nama yang diberikan oleh ketua kampung.
“Sekiranya kita dapati ada rumah yang terlalu uzur dalam lawatan tersebut juga, kita akan usahakan untuk membantu,” tambah beliau.





























